::: BERITA & PEMBERITAHUAN :::


KELAS TAMBAHAN PAGI TAHUN 6

BERMULA 1 JULAI 2014 HINGGA 8 SEPTEMBER 2014
SETIAP HARI SELASA, RABU & KHAMIS
JAM 7.10 PG HINGGA 7.40 PG




KELAS TAMBAHAN SABTU TAHUN 6

5 JULAI 2014 (SABTU)
8.00 PG HINGGA 11.15 PG
KEHADIRAN SEMUA MURID TAHUN 6 ADALAH WAJIB




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #1 2014

8 JULAI 2014 HINGGA 10 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #2 (MGB SELANGOR) 2014

22 JULAI 2014 HINGGA 24 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS


Dikemaskini pada 30 JUN 2014 (Isnin)



Jumaat, 23 Mei 2014

Latihan Kebakaran April 2014

Pada 23 April 2014, SK Seksyen 24 telah membuat latihan kebakaran yang bermula pada jam 8.15 pagi. Latihan kebakaran ini diadakan untuk semua warga SK Seksyen 24 pada sesi pagi. Latihan ini bertujuan untuk memberi taklimat dan latihan amali kecemasan kepada semua warga sekolah. 

Seluruh warga sekolah dapat  membuat latihan amali keselamatan semasa kebakaran berlaku, mengetahui cara-cara yang betul untuk menggunakan alat pemadam api  dan melakukan perkara yang betul apabila menghadapi kebakaran.

Kehadiran pihak bomba ke sekolah membuatkan murid - murid lebih teruja untuk mendengar taklimat yang diberikan oleh ahli bomba serta melakukan latihan memadam api kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api.

Program ni akan diadakan lagi pada masa akan datang untuk memastikan warga SK Seksyen 24 bersedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada masa depan.



















Khamis, 20 Februari 2014

Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee 2014

13 Feb 2014 - SK Seksyen 24, Shah Alam telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee yang melibatkan semua guru dan murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Program telah dijalankan di Dataran Perhimpunan untuk sesi pagi dan di Dewan Tertutup untuk sesi petang. Tujuan Program Mentor Mentee diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid, mewujudkan sikap saling hormat dan sayang menyayangi dalam komuniti sekolah serta meningkatkan keyakinan murid untuk berhadapan dengan masalah atas bimbingan guru sebagai mentor. 

Program dimulakan dengan bacaan Yaasin serta doa oleh Ustaz Mohd Najib bin Shahabudin & Ustaz Muhammad Helmy bin Khamis. Kemudian, Penolong Kanan Pentadbiran; Puan Ellya bt Mohamad Hilal dan Penolong Kanan Petang; Puan Norma bt Nik Ismail memberi ucapan seterusnya melancarkan program serta menyerahkan fail setiap kelas kepada mentor sebagai simbolik penyerahan mentee kepada mentor. Sebagai tanda Program Mentor Mentee telah mula dilaksanakan, semua guru dan murid menyanyikan lagu ”Terima Kasih Cikgu” bersama-sama dengan iringan muzik. 

Alhamdulillah majlis pelancaran ini telah berjalan dengan lancar dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid yang menyokong serta bekerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga dengan pelaksanaan Program Mentor Mentee di sekolah ini dapat menjalinkan hubungan yang harmoni antara guru dan murid seterusnya mewujudkan aura kekeluargaan di sekolah.


Berikut adalah video yang mengandungi gambar - gambar semasa majlis berlangsung untuk sesi pagi dan sesi petang.








Program Susu 1 Malaysia

Pada bulan Januari yang lalu, pihak sekolah telah diberi bantuan Susu 1 Malaysia untuk semua murid yang menerima bantuan Rancangan Makanan Tambahan. Encik Redzuan bin Mohd Noor selaku Penolong Kanan Hal Ehwal Murid telah memberi taklimat kepada murid - murid mengenai cara-cara minum air susu kotak tersebut yang dijalankan di kantin sekolah. Semua murid berasa sangat gembira dan memberi kerjasama yang memuaskan. 




Selasa, 11 Februari 2014

Majlis Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya 2014

Pembimbing Rakan Sebaya (PRS) diwujudkan melalui perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling. Ahli PRS hendaklah terdiri daripada murid-murid yang berkemampuan membantu rakan sebaya secara positif, berkesan, berkemahiran dan berketrampilan. Selain itu, ahli PRS hendaklah dapat menjadi contoh dan teladan yang baik kepada rakan-rakan seterusnya memberi pengaruh yang positif untuk mengurangkan masalah tingkah laku dalam kalangan murid.

Falsafah PRS adalah "BANTU DIRI UNTUK BANTU ORANG LAIN".

Pada hari Isnin yang lalu, SK Seksyen 24 telah mengadakan Majlis Perlantikan Pembimbing Rakan Sebaya untuk sesi 2014. Seramai 15 orang murid daripada tahun 4, tahun 5 dan tahun 6 telah terpilih untuk menjadi PRS pada tahun ini. Di samping itu, pada hari tersebut semua ahli PRS diberi "button badge" PRS untuk menonjolkan diri mereka dalam kalangan murid. 

Majlis telah dijalankan semasa perhimpunan pagi. Puan Isrulliza selaku Guru Bimbingan dan Kaunseling telah memberi sedikit informasi mengenai PRS seterusnya menjemput Puan Jamaliah binti Ahmad, Guru Besar SK Seksyen 24 untuk menyerahkan sijil perlantikan kepada semua ahli PRS.

Setelah itu, semua ahli melafazkan ikrar PRS yang diketuai oleh adik Aliff Aiman bin Allan Yeoh. Majlis berjalan dengan lancar dan semua murid serta guru memberi kerjasama yang baik.


Selasa, 28 Januari 2014

WATIKAH PELANTIKAN KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS SESI 2014

WATIKAH PELANTIKAN 
KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS 
SESI 2014

SEK KEB SEKSYEN 24 SHAH ALAM
40300 SHAH ALAM,
SELANGOR.


TARIKH : 27 / 01 / 2014
HARI : ISNIN

MASA : 7.40 PAGI

TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SK SEK 24

Sesi ikrar sempena pelantikan Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah tahun 3-6 2014.

 


Khamis, 23 Januari 2014

Buku Panduan dan Peraturan Murid - SK Seksyen 24


Jadual Waktu Persekolahan SK Seksyen 24 tahun 2014

Merujuk daripada buku Panduan dan Peraturan Murid 


Rabu, 22 Januari 2014

Larangan Membawa Telefon Bimbit

 
LARANGAN TELEFON BIMBIT
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2009

(a) Murid DILARANG sama sekali membawa dan memiliki telefon bimbit di dalam kawasan sekolah
     dengan apa cara sekali pun, baik sewaktu sesi persekolahan rasmi mahupun aktiviti kokurikulum.

(b) Ibubapa perlu memastikan anak-anak mereka patuh kepada peraturan ini bagi mengelakkan sebarang
      masalah seperti kehilangan serta kerosakan telefon yang dimiliki oleh anak mereka hingga boleh
      menyalahkan pihak sekolah.

(c) Bagi sebarang kes yang memerlukan murid menghubungi keluarga, pihak sekolah ada menyediakan
     telefon awam di sekitar kawasan sekolah yang boleh digunakan pada waktu tertentu.

(d) Telefon bimbit yang diambil dari murid oleh pihak sekolah perlu diserahkan pada hari itu juga jika diambil
      pada waktu pagi dan jika pada waktu petang, akan diserahkan keesokan pagi.

(e) Hanya ibubapa/penjaga SAHAJA yang dibenarkan datang mengambil telefon bimbit ini dan perlu mengis
     borang akujanji yang murid tersebut tidak akan membawa lagi telefon bimbit ke sekolah.

(f) Jika perbuatan tersebut berterusan walau surat akujanji telah dibuat, pihak sekolah tidak akan
    bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangannya di sekolah bila-bila masa.

Sekian untuk makluman. Terima kasih.

Khamis, 16 Januari 2014

PEMERIKSAAN MENGEJUT UNIT DISIPLIN KALI 1/2014

PEMERIKSAAN MENGEJUT UNIT DISIPLIN KALI 1/2014

Tarikh : 15 Januari 2014
Hari : Rabu
Masa : 7.40 pagi


 
Cikgu Azwar memberi arahan

 
Pengawas Sekolah mengambil tempat

 
Pengawas sekolah memeriksa pakaian seragam sekolah

  
Pengawas Sekolah mengambil nama murid

Kesalahan 1: Rambut panjang

                                       
Kesalahan 2 : Tiada Lencana Sekolah dan Tanda Nama


















Kesalahan 3 : Tiada Tanda Nama


 
Cikgu Emmie memberi penerangan berkenaan kesalahan yang dilakukan

Pemeriksaan mengejut akan dilakukan secara berkala dengan harapan murid dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di dalam memastikan tahap disiplin murid dalam semua segi adalah di tahap baik selaras dengan moto sekolah; Berilmu Berdisiplin.

Murid yang telah melakukan kesalahan diharap mendapat pengajaran dan sentiasa akan menjadi lebih baik dari sebelum ini.

Transisi Tahun 1, 2014

Sesi persekolahan 2014 telah bermula pada 02 Januari 2014. Ini merupakan pengalaman pertama bagi murid-murid tahun 1 yang baru memasuki alam persekolahan ke sekolah rendah. 

Sebelum sesi persekolahan bermula, pihak sekolah telah mengadakan perjumpaan bersama ibu bapa murid tahun 1 pada 31 Disember 2013 seterusnya mengadakan hari orientasi. Pada perjumpaan ini, para ibu bapa telah diberi taklimat mengenai pelbagai informasi tentang sekolah dan berbincang mengenai dokumen-dokumen yang perlu disediakan oleh ibu bapa untuk kegunaan pihak sekolah.

Selain itu, pada hari tersebut program Transisi Tahun 1 telah dimulakan dengan tujuan memberi pendedahan awal kepada murid tahun 1 untuk menyesuaikan diri dalam suasana di sekolah. Selain itu, program ini juga dapat mewujudkan hubungan yang harmoni dalam kalangan guru bersama murid-murid. 

Pelbagai program telah dilaksanakan untuk dimuatkan dalam Transisi Tahun 1 ini seperti pendedahan pada kawasan sekolah, perhimpunan sekolah, disiplin, keselamatan, sukaneka dan sebagainya.

Semua guru telah memberi komitmen yang baik dalam menjayakan Transisi Tahun 1 ini. Berkat kesabaran dan ketabahan guru-guru serta kerjasama daripada pihak ibu bapa, maka murid-murid Tahun 1 semakin bersemangat dan gembira ke sekolah. Alhamdulillah

Berikut adalah video sedutan gambar-gambar semasa Transisi Tahun 1 berlangsung:




Isnin, 13 Januari 2014

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2014

WATIKAH PELANTIKAN PENGAWAS SEKOLAH 2014

HARI : ISNIN
TARIKH : 13 JANUARI 2014

Satu majlis watikah pelantikan Pengawas bagi sesi 2014 telah diadakan semasa perhimpunan mingguan untuk semua pengawas sekolah yang telag dilantik.
Acara telah disempurnakan dengan kehadiran dua orang pegawai polis sudi meluangkan masa di majlis ini.

Selamat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi kepada semua pengawas sekolah yang telah dilantik dan penuh komited.