::: BERITA & PEMBERITAHUAN :::


KELAS TAMBAHAN PAGI TAHUN 6

BERMULA 1 JULAI 2014 HINGGA 8 SEPTEMBER 2014
SETIAP HARI SELASA, RABU & KHAMIS
JAM 7.10 PG HINGGA 7.40 PG




KELAS TAMBAHAN SABTU TAHUN 6

5 JULAI 2014 (SABTU)
8.00 PG HINGGA 11.15 PG
KEHADIRAN SEMUA MURID TAHUN 6 ADALAH WAJIB




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #1 2014

8 JULAI 2014 HINGGA 10 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #2 (MGB SELANGOR) 2014

22 JULAI 2014 HINGGA 24 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS


Dikemaskini pada 30 JUN 2014 (Isnin)



Jumaat, 23 Mei 2014

Latihan Kebakaran April 2014

Pada 23 April 2014, SK Seksyen 24 telah membuat latihan kebakaran yang bermula pada jam 8.15 pagi. Latihan kebakaran ini diadakan untuk semua warga SK Seksyen 24 pada sesi pagi. Latihan ini bertujuan untuk memberi taklimat dan latihan amali kecemasan kepada semua warga sekolah. 

Seluruh warga sekolah dapat  membuat latihan amali keselamatan semasa kebakaran berlaku, mengetahui cara-cara yang betul untuk menggunakan alat pemadam api  dan melakukan perkara yang betul apabila menghadapi kebakaran.

Kehadiran pihak bomba ke sekolah membuatkan murid - murid lebih teruja untuk mendengar taklimat yang diberikan oleh ahli bomba serta melakukan latihan memadam api kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api.

Program ni akan diadakan lagi pada masa akan datang untuk memastikan warga SK Seksyen 24 bersedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada masa depan.



















Jumaat, 24 Januari 2014

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2014


SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2014
SK SEKSYEN 24 SHAH ALAM

Satu majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini; 24 Januari 2014 di perkarangan SK Seksyen 24. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:
  • Perarakan sambil berselawat ke atas Junjungan Besar SAW.
  • Persembahan nasyid oleh murid tahun 5.
  • Tazkirah Maulidur Rasul oleh Ustaz Hishamudin bin Iberahim (Peserta Pencetus Ummah ; PU Hissam)
  • Sesi soal jawab trivia berkaitan Nabi Muhammad
Sumber dan maklumat lanjut berkenaan PU Hissam di sini : PENCETUS UMMAH

Berikut adalah foto yang sempat diambil sepanjang aktiviti tersebut.








Rabu, 15 Januari 2014

Ceramah Teknik Belajar

Baru-baru ini SK Seksyen 24 telah mengadakan program Ceramah Teknik Belajar iaitu:

7 Januari 2014 (Selasa)         Murid Tahun 4                11.30-1.30
8 Januari 2014 (Rabu)            Murid Tahun 5                11.30-1.30 
9 Januari 2014 (Khamis)        Murid Tahun 6                10.30-1.30 


Ceramah Teknik Belajar ini telah disasarkan kepada semua murid Tahun 4, 5 dan 6 untuk mendengar ceramah mengenai cara belajar dengan berkesan serta mempelajari teknik belajar yang betul bagi mempersiapkan diri untuk sesi persekolahan 2014. 

Objektif program ini ialah untuk memberi kesedaran kepada murid untuk meningkatkan prestasi dalam akademik. Di samping itu, murid dapat mengamalkan suasana belajar yang kondusif dan positif dari masa ke masa. Program ini juga dapat menyuntik semangat pembelajaran dalam diri semua murid demi mencapai keputusan yang cemerlang.

Ceramah telah disampaikan oleh Encik Saadon bin Shamsuddin. 

Berikut adalah gambar-gambar semasa program dijalankan:















Selasa, 7 Januari 2014

Radhi OAG Terjah SK Seksyen 24!

Bersempena dengan Minggu PPDa peringkat sekolah bagi SK Seksyen 24, Shah Alam bagi tahun 2012, kami telah mengadakan satu slot ceramah dan sesi perkongsian ilmu dengan kerjasama daripada Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH).

Ceramah ini bertujuan untuk menimbulkan kesedaran kepada para warga SK Seksyen 24 tentang bahaya dan bahana jika diri terjebak ke kancah najis dadah ini.

Alhamdulillah, dengan mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak PENGASIH, kami telah berjaya mendapatkan Radhi OAG untuk berkongsi pengalamannya.

Turut hadir bersama ialah Encik Suhaimi yang juga merupakan bekas penagih dadah tegar suatu masa dahulu.

Ahad, 17 Oktober 2010

Poco-Poco Dance Battle 2010

Latihan asas pendedahan langkah dalam Poco-poco.

Aktiviti pasca UPSR bagi tahun 6 telah dijalankan. Antaranya ialah pertandingan tarian Poco-poco Formasi di antara kelas. Kesemua kelas menunjukkan kreativiti dan inisiatif yang mengagumkan walaupun cuma mempunyai masa yang cukup singkat untuk berlatih.

Sabtu, 7 Mac 2009

Mural 2






Mural