::: BERITA & PEMBERITAHUAN :::


KELAS TAMBAHAN PAGI TAHUN 6

BERMULA 1 JULAI 2014 HINGGA 8 SEPTEMBER 2014
SETIAP HARI SELASA, RABU & KHAMIS
JAM 7.10 PG HINGGA 7.40 PG




KELAS TAMBAHAN SABTU TAHUN 6

5 JULAI 2014 (SABTU)
8.00 PG HINGGA 11.15 PG
KEHADIRAN SEMUA MURID TAHUN 6 ADALAH WAJIB




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #1 2014

8 JULAI 2014 HINGGA 10 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #2 (MGB SELANGOR) 2014

22 JULAI 2014 HINGGA 24 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS


Dikemaskini pada 30 JUN 2014 (Isnin)



Sabtu, 12 April 2014

Doakan mereka terus sukses....

Pasukan Stallions 24 yang segak bergaya menyarungkan jersi baru pada tahun ini

Rentetan dari kejayaan yang telah berjaya di lakar oleh pasukan ragbi rimau "Stallions 24" pada 2 April yang lalu di SK Taman Sri Muda sebagai johan, beberapa orang pemain telah dipilih untuk meneruskan kecemerlangan dalam sukan ini di peringkat negeri.

Mereka akan membawa nama daerah ke Kejohanan Ragbi Rimau kategori Bawah 12 tahun MSSS 2014 yang akan berlangsung di SK Taman Sri Muda sebagai tuan rumah pada 21 & 22 April 2014 ini.

Mereka yang akan membawa cabaran lebih besar ini adalah :

Corat-coret Kejohanan Ragbi Rimau MSSD Petaling Perdana 2014.

 Semasa waktu rehat perlawanan pertama peringkat kumpulan menentang SK Seksyen 13

 Sesi "recall" dan taklimat strategi oleh jurulatih; Encik Zul Emran...

Tahniah Stallions 24. Sejarah kini berulang!

Pada 1 & 2 April 2014 yang lalu, satu kejohanan ragbi rimau bawah 12 tahun peringkat MSSD Petaling Perdana telah berlangsung di SK Taman Sri Muda sebagai tuan rumah. Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari tersebut telah diadakan secara kumpulan pada hari pertama dan perlawanan mengikut "rankin" pada hari kedua.

"Pose" istimewa yang diberikan oleh pasukan ragbi rimau yang menggelarkan diri mereka 
"Stallions 24" 

Ahad, 26 Januari 2014

Latihan Pasukan Ragbi Rimau Sudah Bermula...

Sejarah yang terlakar tahun lepas bagi skuad ragbi rimau SK Seksyen 24 telah merintis jalan buat anak-anak ini untuk memulakan latihan seawal Januari lagi. Di bawah bimbingan jurulatih En. Zul Emran dan En. Nasuha, tahun ini kita akan cuba sekali lagi melakukan yang terbaik untuk menggondol kejuaraan sekali lagi. 

Tahun lalu, berkat kesabaran dan kecekalan pemain dan jurulatihnya kita berjaya menjuarai kejohanan bawah 12 tahun dan bawah 10 bagi sukan ragbi rimau yang memasuki tahun ke-4 bertapak di sekolah ini.
Untuk rekod kejayaan yang pernah dicapai oleh pasukan ini, boleh klik link di bawah:
Pemain akan dipilih dari kalangan bawah 12 tahun dan 10 tahun.

Pemain bawah 10 tahun akan dipilih lebih awal bagi tujuan untuk pendedahan kepada sukan yang agak asing ini.

Barisan pemain senior yang masih kekal untuk membuktikan kepada sekolah bahawa mereka akan mengharumkan nama sekolah.
Pasukan ini turut dibantu oleh pengurus; En. Hazren.

Pasukan ini MASIH MENCARI NAMA GELARAN YANG BERSESUAIAN untuk digunakan dalam apa-apa kejohanan. Jadi, kami amat mengalu-alukan jika ada cadangan nama yang sesuai yang boleh diberikan kepada mereka.

Selain itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan DALAM BENTUK KEWANGAN dari pihak yang bermurah hati untuk membuat jersi ragbi yang memerlukan kos yang agak tinggi bersesuaian dengan kualitinya. Jika ada pihak yang berminat untuk menyumbang, boleh hubungi kami di ruangan komen atau boleh menghubungi pengurus pasukan di talian 012-3085979 (En. Hazren).

Selamat berjaya diucapkan untuk pasukan ragbi rimau SK Seksyen 24 untuk tahun 2014 ini dan semoga akan terus mengharumkan nama SK Seksyen 24 di peringkat daerah dan juga negeri, mudah-mudahan.... InshaAllah....

Isnin, 13 Januari 2014

#throwback. Tahniah Pasukan Ragbi Rimau SK Seksyen 24!

Pertama kali menghantar wakil, Alhamdulillah dapat tempat ke-3. Not bad.
Terima kasih untuk semua yang menyumbang. Harapnya apa yang diperolehi akan membuka jalan dan mata semua orang.

Tahniah untuk mereka....

We are the champion!

Kejohanan Ragbi Rimau Daerah Petaling Perdana 2013. Kejohanan terawal. Awal bulan 2 (5 & 6 Februari) sudah bermula. Tinggi harapannya untuk bergelar johan untuk kali ini.
Alhamdulillah sejarah terlakar. Kami adalah johan bagi edisi kali ini. Tahniah Cikgu Zul Emran dan anak2 didiknya.
Zero to hero. Ok lah tu....Tahniah... :)

The team. Terima kaseh daun keladi.