::: BERITA & PEMBERITAHUAN :::


KELAS TAMBAHAN PAGI TAHUN 6

BERMULA 1 JULAI 2014 HINGGA 8 SEPTEMBER 2014
SETIAP HARI SELASA, RABU & KHAMIS
JAM 7.10 PG HINGGA 7.40 PG




KELAS TAMBAHAN SABTU TAHUN 6

5 JULAI 2014 (SABTU)
8.00 PG HINGGA 11.15 PG
KEHADIRAN SEMUA MURID TAHUN 6 ADALAH WAJIB




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #1 2014

8 JULAI 2014 HINGGA 10 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #2 (MGB SELANGOR) 2014

22 JULAI 2014 HINGGA 24 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS


Dikemaskini pada 30 JUN 2014 (Isnin)



Isnin, 6 Januari 2014

Lakaran Sejarah SK Seksyen 24.

Tahun 1989 – Dua blok bangunan Sekolah Kebangsaan Seksyen 24 dan sebuah kantin telah dibina. Perabot mula diterima pada bulan November 1989. Sesi persekolahan bermula pada awal bulan Disember dan diketuai oleh Encik Yusuf Bin Kadin sebagai Guru Besar pertama dengan dibantu oleh Puan Rahmah Binti Sidek yang menjalankan tugas sebagai Penyelia Petang.

Tahun 1990 – Awal Januari, penubuhan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dilaksanakan. Pada bulan Oktober, Encik Mohd Ihsan Bin Haji Sidek mula bertugas sebagai Guru Besar menggantikan Encik Yusuf Bin Kadin kerana bertukar sekolah.

 Tahun 1991 – Penubuhan Pusat Sumber Sekolah dan pembinaan tiga blok bangunan kilat (enam buah bilik darjah) kerana pertambahan murid berlaku sehingga mencapai 1,700 orang.

Tahun 1992 – Encik Mohd Ihsan Bin Haji Sidek pula telah bersara dan diganti pula oleh Tuan Haji Nordin Bin Siran.

 Tahun 1993 – Pembinaan sebuah lagi bangunan (blok C) yang mempunyai 12 buah bilik darjah bagi menampung kekurangan yang ada.

Tahun 1994 – Puan Sarminah Binti Saradi telah memulakan tugas sebagai Guru Besar menggantikan Tuan Haji Nordin Bin Siran yang bersara pada bulan Oktober 1994.

 Tahun 1997 – Sekolah Kebangsaan Seksyen 24 telah menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Sepak Piala Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor.

 Tahun 2001 – Pada awal tahun, Sekolah Kebangsaan Seksyen 24 telah menjadi tuan rumah Sayembara Puisi Anjuran Adun Sungai Renggam. Beberapa bulan kemudian telah menjadi tuan rumah Pertandingan Tilawah Al-Quran Peringkat Daerah Petaling dan tuan rumah Perbengkelan Pengajaran dan Pembelajaran Kajian Tempatan Daerah Petaling.

Tahun 2002 – Usaha untuk membaikpulih bangunan Blok C yang retak. Penyerahan semula dijalankan pada akhir bulan Disember 2002.

 Tahun 2003 – Usaha untuk membaikpulih segala kerosakan yang terdapat pada bangunan. Naik taraf lantai perpustakaan dan bilik komputer menggunakan wang hasil kutipan program jogathon. Mengadakan Tilawah Al-Quran peringkat DUN Sungai Renggam. Sekolah ini telah memenangi Pertandingan Taman Herba dan Taman Sains Daerah Petaling.

Tahun 2008 – Sekolah Kebangsaan Seksyen 24 sekali lagi menjadi tuan rumah bagi Kejohanan Bola Sepak Piala DYTM Raja Muda Selangor edisi ke-21 dengan kehadiran Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussien, Menteri Pendidikan Malaysia.

Tahun 2011 - Bangunan baru dinamakan Blok D telah siap dibina di SK Seksyen 24.

Tahun 2013 - Surau mula dibina untuk kegunaan semua warga SK Seksyen 24.

0 ulasan:

Catat Ulasan