::: BERITA & PEMBERITAHUAN :::


KELAS TAMBAHAN PAGI TAHUN 6

BERMULA 1 JULAI 2014 HINGGA 8 SEPTEMBER 2014
SETIAP HARI SELASA, RABU & KHAMIS
JAM 7.10 PG HINGGA 7.40 PG




KELAS TAMBAHAN SABTU TAHUN 6

5 JULAI 2014 (SABTU)
8.00 PG HINGGA 11.15 PG
KEHADIRAN SEMUA MURID TAHUN 6 ADALAH WAJIB




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #1 2014

8 JULAI 2014 HINGGA 10 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #2 (MGB SELANGOR) 2014

22 JULAI 2014 HINGGA 24 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS


Dikemaskini pada 30 JUN 2014 (Isnin)



Khamis, 20 Februari 2014

Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee 2014

13 Feb 2014 - SK Seksyen 24, Shah Alam telah mengadakan Majlis Pelancaran Program Mentor Mentee yang melibatkan semua guru dan murid Tahun 1 hingga Tahun 6. Program telah dijalankan di Dataran Perhimpunan untuk sesi pagi dan di Dewan Tertutup untuk sesi petang. Tujuan Program Mentor Mentee diadakan ialah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara guru dan murid, mewujudkan sikap saling hormat dan sayang menyayangi dalam komuniti sekolah serta meningkatkan keyakinan murid untuk berhadapan dengan masalah atas bimbingan guru sebagai mentor. 

Program dimulakan dengan bacaan Yaasin serta doa oleh Ustaz Mohd Najib bin Shahabudin & Ustaz Muhammad Helmy bin Khamis. Kemudian, Penolong Kanan Pentadbiran; Puan Ellya bt Mohamad Hilal dan Penolong Kanan Petang; Puan Norma bt Nik Ismail memberi ucapan seterusnya melancarkan program serta menyerahkan fail setiap kelas kepada mentor sebagai simbolik penyerahan mentee kepada mentor. Sebagai tanda Program Mentor Mentee telah mula dilaksanakan, semua guru dan murid menyanyikan lagu ”Terima Kasih Cikgu” bersama-sama dengan iringan muzik. 

Alhamdulillah majlis pelancaran ini telah berjalan dengan lancar dan terima kasih diucapkan kepada semua guru dan murid yang menyokong serta bekerjasama dalam menjayakan program ini. Semoga dengan pelaksanaan Program Mentor Mentee di sekolah ini dapat menjalinkan hubungan yang harmoni antara guru dan murid seterusnya mewujudkan aura kekeluargaan di sekolah.


Berikut adalah video yang mengandungi gambar - gambar semasa majlis berlangsung untuk sesi pagi dan sesi petang.








0 ulasan:

Catat Ulasan