::: BERITA & PEMBERITAHUAN :::


KELAS TAMBAHAN PAGI TAHUN 6

BERMULA 1 JULAI 2014 HINGGA 8 SEPTEMBER 2014
SETIAP HARI SELASA, RABU & KHAMIS
JAM 7.10 PG HINGGA 7.40 PG




KELAS TAMBAHAN SABTU TAHUN 6

5 JULAI 2014 (SABTU)
8.00 PG HINGGA 11.15 PG
KEHADIRAN SEMUA MURID TAHUN 6 ADALAH WAJIB




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #1 2014

8 JULAI 2014 HINGGA 10 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #2 (MGB SELANGOR) 2014

22 JULAI 2014 HINGGA 24 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS


Dikemaskini pada 30 JUN 2014 (Isnin)



Khamis, 3 Julai 2014

Program Gerak Gempur UPSR 2014 - Aktiviti Bulan Julai

Menjelang Peperiksaan UPSR 2014 yang akan diadakan pada 9 - 11 September 2014, pihak sekolah akan mempergiatkan aktiviti khusus untuk murid-murid tahun 6 melalui Program Gerak Gempur sebagai persiapan bagi menghadapi peperiksaan tersebut.

Pengisian aktiviti Gerak Gempur UPSR 2014 sepanjang bulan Julai adalah seperti berikut:

1. Kelas Tambahan Pagi.

Tarikh  : 1 Julai - 8 September 2014
Hari     : Setiap Selasa, Rabu & Khamis
Masa   : 7.10 pg - 7.40 pg
Jadual  : Rujuk jadual di bawah



2. Kelas Tambahan Sabtu.

Tarikh  : 5 Julai 2014
Hari     : Sabtu
Masa   : 8.00 pg - 11.15 pg
Jadual  : Rujuk jadual di bawah



3. Peperiksaan Percubaan UPSR Pertama 2014 (Peringkat Sekolah)

Tarikh  : 8 Julai - 10 Julai 2014
Hari     : Selasa - Khamis
Jadual  : Rujuk jadual di bawah



4. Peperiksaan Percubaan UPSR Kedua 2014 (Peringkat Negeri)

Tarikh  : 22 Julai - 24 Julai 2014
Hari     : Selasa - Khamis
Jadual  : Akan dimaklumkan kemudian.


Pihak sekolah berharap agar semua ibu bapa/penjaga murid tahun 6 dapat memastikan kehadiran anak tuan/puan dalam setiap aktiviti yang telah dirancang. Semoga segala aktiviti yang telah diatur ini dapat membantu murid-murid tahun 6 dalam menghadapi Peperiksaan UPSR 2014 dan seterusnya memperoleh keputusan yang cemerlang.


Isnin, 26 Mei 2014

Aktiviti Tahun 6 Cuti Pertengahan Tahun 2014

Sempena Cuti Pertengahan Tahun 2014 yang akan bermula dari 28 Mei 2014 (Rabu) hingga 15 Jun 2014 (Ahad), pihak sekolah akan mengadakan beberapa aktiviti khusus untuk murid-murid tahun 6 sebagai persiapan dan persediaan bagi menghadapi Peperiksaan UPSR 2014 tidak lama lagi.

Program ini akan dilaksanakan mengikut ketetapan seperti berikut:


Kehadiran murid-murid tahun 6 dalam semua aktiviti tersebut adalah WAJIB. Sekiranya murid tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, ia perlulah dinyatakan secara bersurat. Surat makluman kepada para ibu bapa/penjaga berkaitan dengan program tersebut telah diedarkan melalui murid-murid tahun 6.

Sehubungan dengan itu, pihak sekolah mengharapkan kerjasama daripada para ibu bapa/penjaga murid tahun 6 untuk memastikan anak tuan/puan dapat menghadirkan diri dalam setiap aktiviti yang telah dirancang.

#Ibu Bapa & Guru Cakna, Murid Cemerlang, Sekolah Gemilang


Jumaat, 23 Mei 2014

Latihan Kebakaran April 2014

Pada 23 April 2014, SK Seksyen 24 telah membuat latihan kebakaran yang bermula pada jam 8.15 pagi. Latihan kebakaran ini diadakan untuk semua warga SK Seksyen 24 pada sesi pagi. Latihan ini bertujuan untuk memberi taklimat dan latihan amali kecemasan kepada semua warga sekolah. 

Seluruh warga sekolah dapat  membuat latihan amali keselamatan semasa kebakaran berlaku, mengetahui cara-cara yang betul untuk menggunakan alat pemadam api  dan melakukan perkara yang betul apabila menghadapi kebakaran.

Kehadiran pihak bomba ke sekolah membuatkan murid - murid lebih teruja untuk mendengar taklimat yang diberikan oleh ahli bomba serta melakukan latihan memadam api kebakaran dengan menggunakan alat pemadam api.

Program ni akan diadakan lagi pada masa akan datang untuk memastikan warga SK Seksyen 24 bersedia menghadapi segala kemungkinan yang berlaku pada masa depan.



















Sabtu, 19 April 2014

Latihan Rumah Sukan 2014

Latihan rumah sukan sebagai persediaan bagi menghadapi Kejohanan Sukan Tahunan Kali ke-24 (2014) telah bermula sejak 14 April 2014 mengikut jadual seperti di bawah:


Latihan ini dijalankan bermula jam 4.15 petang hingga 6.15 petang melibatkan semua murid tahun 3,4,5 & 6 mengikut ketetapan seperti berikut:

i.  Acara balapan = Semua murid tahun 3 hingga tahun 6
ii. Acara padang  = Murid tahun 4 hingga 6 sahaja.

Acara-acara yang akan dipertandingkan dalam Kejohanan Sukan Tahunan ke-24 (2014) adalah seperti di bawah:

Acara Balapan:
i.   Lari 100 meter
ii.  Lari 200 meter
iii. Lari 4 x 100 meter
iv. Lari 4 x 200 meter

Acara Padang:
i.   Lompat jauh
ii.  Lompat tinggi
iii. Lontar peluru

Acara lain:
i. Tarik tali terbuka




Jumaat, 18 April 2014

Kemudahan Loker di Sekolah

Pihak sekolah melalui Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) 
bercadang menyediakan kemudahan loker berbayar bagi 
murid-murid yang berminat.

Kemudahan loker yang akan dikendalikan oleh Syarikat Gamma Epsilon Square Sdn. Bhd. ini adalah berkonsepkan sewaan. Bayaran yang dikenakan adalah seperti berikut:

i.  Deposit kunci = RM 10 (akan dipulangkan sepenuhnya selepas penyerahan kunci pada akhir tahun persekolahan).
ii.   Caj sewaan/tahun = RM 120 / 1 tahun (10 bulan)/compartment.

Bagi tahun 2014, kemudahan loker ini akan bermula pada bulan Mei hingga November. Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM 82.00 bagi:

i.  Deposit kunci = RM 10
ii. Caj sewaan    = RM 72 ( Mei – Oktober). Caj sewaan bagi bulan November adalah percuma.

Bagi ibu bapa/penjaga yang berminat untuk melanggan kemudahan loker ini untuk anak-anak boleh mendapatkan borang daripada Cikgu Nurfazariah Binti Zakaria (Guru Bimbingan & Kaunseling). Borang yang telah lengkap diisi perlu diserahkan semula kepada Cikgu Nurfazariah berserta wang sebanyak RM 82.00 sebelum atau pada 30 April 2014.                                      

Berikut adalah maklumat berkaitan kemudahan loker yang disediakan oleh Syarikat Gamma Epsilon Square Sdn. Bhd.