Sempena Cuti
Pertengahan Tahun 2014 yang akan bermula dari 28 Mei 2014 (Rabu) hingga 15 Jun
2014 (Ahad), pihak sekolah akan mengadakan beberapa aktiviti khusus untuk
murid-murid tahun 6 sebagai persiapan dan persediaan bagi menghadapi
Peperiksaan UPSR 2014 tidak lama lagi.
Program ini akan
dilaksanakan mengikut ketetapan seperti berikut:
Kehadiran
murid-murid tahun 6 dalam semua aktiviti tersebut adalah WAJIB. Sekiranya murid
tidak dapat hadir atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan, ia perlulah
dinyatakan secara bersurat. Surat makluman kepada para ibu bapa/penjaga
berkaitan dengan program tersebut telah diedarkan melalui murid-murid tahun 6.
Sehubungan dengan
itu, pihak sekolah mengharapkan kerjasama daripada para ibu bapa/penjaga murid
tahun 6 untuk memastikan anak tuan/puan dapat menghadirkan diri dalam setiap
aktiviti yang telah dirancang.
#Ibu Bapa &
Guru Cakna, Murid Cemerlang, Sekolah Gemilang






