PEMERIKSAAN MENGEJUT UNIT DISIPLIN KALI 1/2014
Tarikh : 15 Januari 2014
Hari : Rabu
Masa : 7.40 pagi
Cikgu Azwar memberi arahan
Pengawas Sekolah mengambil tempat
Pengawas sekolah memeriksa pakaian seragam sekolah
Pengawas Sekolah mengambil nama murid
Kesalahan 1: Rambut panjang
Kesalahan 2 : Tiada Lencana Sekolah dan Tanda Nama
Kesalahan 3 : Tiada Tanda Nama
Cikgu Emmie memberi penerangan berkenaan kesalahan yang dilakukan
Pemeriksaan mengejut akan dilakukan secara berkala dengan harapan murid dapat mematuhi peraturan yang telah ditetapkan di dalam memastikan tahap disiplin murid dalam semua segi adalah di tahap baik selaras dengan moto sekolah; Berilmu Berdisiplin.
Murid yang telah melakukan kesalahan diharap mendapat pengajaran dan sentiasa akan menjadi lebih baik dari sebelum ini.
1 ulasan:
terima kasih..memang satu contoh yang baik..tetapi disini ingin sedikit saya berkongsi atau pun memeberi pendapat..berkenaan dengan tanda nama adalah lebih baik guru2 yang terlibat terlebih dahulu bertanya kepada murid mengapa tanda nama tiada daripada terus menghukum mereka. (saya rasa adalah tidak adil pelajar dipersalahkan kerana ibubapa yg memainkan peranan dalam menyediakannya)kerana isu tiada tanda nama ini mempunyai banyak alasan kukuh mengapa ada segelintir murid yang tiada..seperti lencana mungkin satu alasan yg tidak logik jika tiada kerana ia mudah diperolehi dr kedai buku sekolah tetapi bagaimana dengan tanda nama? tidak dijual di kedai buku sekolah bukan..ianya harus ditempah..apatah lagi tidak semua ibubapa disini adalah orang senang yang mampu mengeluarkan belanja walaupun harga tanda nama itu tidaklah besar namun dalam waktu persekolahan yang baru tidak sampai sebulan ada sahaja perbelanjaan lain yang diperuntukkan terutamanya berkenaan pelbagai jenis buku yang tidak mencukupi diminta oleh guru.. kemungkinan besar murid2 ini telah meminta pada ibubapa mereka namun ibubapa mereka mungkin mempunyai alasan dengan tidak menyediakan tanda nama kepada anak2..adakah dalam hal ini anak2 yang dipersalahkan..mohon guru yang terlibat lebih peka dengan isu yang mungkin dianggap remneh oleh pihak sekolah tapi besarnya pada ibubapa...
Catat Ulasan