Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh.
Salam sejahtera.
Kepada semua ibubapa/penjaga,
Dalam Program Transformasi Kerajaan 3P1M - Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia, Anjakan yang ke 9 di mana perlu melibatkan ibubapa/penjaga, masyarakat setempat dan juga pihak swasta dalam program/aktiviti sekolah.
kredit imej dari blog mknaceunlimited
Penglibatan yang dimaksudkan adalah bagi membantu melancarkan, memudahkan dan memberi manafaat kepada warga sekolah khususnya kepada anak-anak. Dengan ini pihak sekolah membuka ruang kepada semua yang berkaitan agar dapat tampil bagi memenuhi saranan ini.
Di antara program/aktiviti yang pihak tuan/puan boleh mengambil bahagian:-
- Sebagai pembantu guru. Boleh dari Kelas Prasekolah hingga Tahun 6.
- Keceriaan sekolah seperti membuat mural, menceriakan kelas-kelas anak-anak tuan/puan, membantu penyusunan landskap (menanam pokok, menjaga pokok-pokok bunga dan lain-lain yang bersesuaian)
- Membantu membina/mengemaskini laman web sekolah. Berkaitan ICT
- Membantu Pusat Sumber Sekolah.
- Membantu dalam melatih murid-murid untuk mewakili sekolah dalam pertandingan.Contoh Bercerita dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris, Tarian, Hafazan, Nasyid, Kompang, Pidato, Action Song, Bola sepak, Ragbi Rimau, Bola Jaring dan lain-lain.
- Membantu baikpulih kerusi meja, pintu, paip, bumbung yang rosak dan lain-lain yang berkaitan.
Kepada mereka yang bercadang untuk turutserta dalam SARANA IBUBAPA/SARANA SEKOLAH seperti yang tertera dalam 3P1M silalah datang berjumpa dengan pihak pengurusan sekolah.
Kami sentiasa terbuka menanti kehadiran anda. Kami berdoa semoga ramai di kalangan tuan/puan akan mengambil tindakan yang positif atas perkara ini.
Sekian terima kasih.
Pengurus Sekolah.
0 ulasan:
Catat Ulasan