::: BERITA & PEMBERITAHUAN :::


KELAS TAMBAHAN PAGI TAHUN 6

BERMULA 1 JULAI 2014 HINGGA 8 SEPTEMBER 2014
SETIAP HARI SELASA, RABU & KHAMIS
JAM 7.10 PG HINGGA 7.40 PG




KELAS TAMBAHAN SABTU TAHUN 6

5 JULAI 2014 (SABTU)
8.00 PG HINGGA 11.15 PG
KEHADIRAN SEMUA MURID TAHUN 6 ADALAH WAJIB




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #1 2014

8 JULAI 2014 HINGGA 10 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #2 (MGB SELANGOR) 2014

22 JULAI 2014 HINGGA 24 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS


Dikemaskini pada 30 JUN 2014 (Isnin)



Sabtu, 12 April 2014

Doakan mereka terus sukses....

Pasukan Stallions 24 yang segak bergaya menyarungkan jersi baru pada tahun ini

Rentetan dari kejayaan yang telah berjaya di lakar oleh pasukan ragbi rimau "Stallions 24" pada 2 April yang lalu di SK Taman Sri Muda sebagai johan, beberapa orang pemain telah dipilih untuk meneruskan kecemerlangan dalam sukan ini di peringkat negeri.

Mereka akan membawa nama daerah ke Kejohanan Ragbi Rimau kategori Bawah 12 tahun MSSS 2014 yang akan berlangsung di SK Taman Sri Muda sebagai tuan rumah pada 21 & 22 April 2014 ini.

Mereka yang akan membawa cabaran lebih besar ini adalah :

Corat-coret Kejohanan Ragbi Rimau MSSD Petaling Perdana 2014.

 Semasa waktu rehat perlawanan pertama peringkat kumpulan menentang SK Seksyen 13

 Sesi "recall" dan taklimat strategi oleh jurulatih; Encik Zul Emran...

Tahniah Stallions 24. Sejarah kini berulang!

Pada 1 & 2 April 2014 yang lalu, satu kejohanan ragbi rimau bawah 12 tahun peringkat MSSD Petaling Perdana telah berlangsung di SK Taman Sri Muda sebagai tuan rumah. Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari tersebut telah diadakan secara kumpulan pada hari pertama dan perlawanan mengikut "rankin" pada hari kedua.

"Pose" istimewa yang diberikan oleh pasukan ragbi rimau yang menggelarkan diri mereka 
"Stallions 24" 

Ahad, 16 Mac 2014

Persahabatan Bolasepak di Kuala Lumpur

Pada 16.3.2014@Ahad..10 am..squad Wira Gempor 24 telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Sk Sri Rampai yang bertempat di Wangsa Maju Kuala Lumpur.Sekolah tersebut merupakan salah satu projek pembangunan bolasepak yang diselia oleh PBKL.Pihak Sks 24 amat berbesar hati dapat menjalinkan perhubungan erat dengan merentas negeri demi pembangunan bolasepak Malaysia amnya.

Sks(4) vs Sk Tmn Sri Rampai & Kelab Jasmine Junior(1)
Dengan kejayaan terbaru ini amatlah diharapkan squad 24 dapat mengekalkan momentom kemenangan pada mssd yang bakal diadakan pada 4.4.2014.

Siri 2 Bolasepak Sks24

Perlawanan persahabatan Bolasepak wira gempor diteruskan dengan perlawanan menentang pasukan-pasukan pilihan.
Pada 6.3.2014@Khamis
Wira gempor 24
Sk Taman Bukit Subang

Sks24 (3) Vs Sk TBS(3)

Semoga perlawanan persahabatan ini menjadi pengalaman berguna utk 24 dan memperbaiki segala kelemahan yang ada untuk kejohanan MSSD kelak