::: BERITA & PEMBERITAHUAN :::


KELAS TAMBAHAN PAGI TAHUN 6

BERMULA 1 JULAI 2014 HINGGA 8 SEPTEMBER 2014
SETIAP HARI SELASA, RABU & KHAMIS
JAM 7.10 PG HINGGA 7.40 PG




KELAS TAMBAHAN SABTU TAHUN 6

5 JULAI 2014 (SABTU)
8.00 PG HINGGA 11.15 PG
KEHADIRAN SEMUA MURID TAHUN 6 ADALAH WAJIB




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #1 2014

8 JULAI 2014 HINGGA 10 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #2 (MGB SELANGOR) 2014

22 JULAI 2014 HINGGA 24 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS


Dikemaskini pada 30 JUN 2014 (Isnin)



Sabtu, 12 April 2014

Tahniah Stallions 24. Sejarah kini berulang!

Pada 1 & 2 April 2014 yang lalu, satu kejohanan ragbi rimau bawah 12 tahun peringkat MSSD Petaling Perdana telah berlangsung di SK Taman Sri Muda sebagai tuan rumah. Kejohanan yang berlangsung selama 2 hari tersebut telah diadakan secara kumpulan pada hari pertama dan perlawanan mengikut "rankin" pada hari kedua.

"Pose" istimewa yang diberikan oleh pasukan ragbi rimau yang menggelarkan diri mereka 
"Stallions 24" 

Sepanjang dua hari kejohanan ini, ia berlangsung dengan baik dan lancar di bawah kelolaan jurulatih hebat iaitu En. Zul Emran yang dibantu oleh pembantu jurulatih En. Nasuha serta En. Hazren sebagai pengurus pasukan. Seramai 12 orang pemain telah dihantar bagi mewakili dan membawa nama sekolah ke kejohanan tersebut.

Untuk makluman, SK Seksyen 24 yang hebat ini telah pun mencatat nama sebagai johan bagi kejohanan ini pada tahun lepas; di mana kita menjadi tuan rumah bagi peringkat daerah. Sukan yang agak asing dan kurang difahami oleh sebilangan murid khasnya dan masyarakat umumnya ini berbanding sukan lain seperti sukan bola sepak dan bola jaring telah berjaya melalui detik-detik sukar dan getir sepanjang hampir tahun keempat bertapak di bumi bertuah SK Seksyen 24 ini.

 Piala yang menjadi rebutan dan idaman semua yang bertanding....


Berikut adalah keputusan yang diperolehi sepanjang 2 hari berkampung di SK Taman Seri Muda:

KEPUTUSAN PERLAWANAN RAGBI

SARINGAN KUMPULAN
1.       SK SEKSYEN 24 (STALLIONS 24) LAWAN SK SEKSYEN 13
40 – 0

2.       SK SEKSYEN 24 (STALLIONS 24) LAWAN SK SETIA ALAM
36 – 0

SUKU AKHIR
3.       SK SEKSYEN 24 (STALLIONS 24) LAWAN SK SEKSYEN 13
46 – 0

SEPARUH AKHIR
4.       SK SEKSYEN 24 (STALLIONS 24) LAWAN SK SEKSYEN 9
34 – 0

FINALE
5.       SK SEKSYEN 24 (STALLIONS 24) LAWAN SK TTDI JAYA
31 – 0

Melihatkan kepada keputusan yang diperolehi, ternyata pasukan ragbi adalah satu pasukan yang unggul kerana tidak membenarkan pihak lawan untuk membuat "try" di garisan sebelah kita.
Tahniah diucapkan! Semangat SKS24 Hebat ini jelas dizahirkan sepanjang perlawanan ini jika dibandingkan dari keputusan tahun lalu.

Akhirnya, pasukan Stallions 24 telah dinobatkan sebagai Johan kategori Cup bagi Kejohanan Ragbi Rimau Bawah 12 tahun MSSD Petaling Perdana edisi 2014 ini. Hebat!

Pingat yang dikalungkan ke leher pemain hebat yang telah melakarkan kejayaan manis sepanjang penubuhan pasukan ini hampir 4 tahun yang lalu.

 Pasukan yang mantap...tahniah!

 Keputusan perlawanan akhir kejohanan di antara SK Seksyen 24 "Stallions 24" dan SK TTDI Jaya.

Guru Besar dan Penolong Kanan Kokurikulum; Puan Jamaliah dan Puan Amiza yang turut hadir menjadi saksi mata perlawanan akhir.

Barisan pentadbir yang hadir memberikan sokongan padu untuk pasukan. 
kasih daun keladi....

  Sesi fotografi pasukan yang menjadi Johan dengan wakil pegawai dari PPD Petaling Perdana.

 Sesungguhnya kejayaan ini bukanlah kejayaan pasukan ini sahaja tetapi ia adalah kejayaan seluruh warga SK Seksyen 24 yang memberikan bantuan dalam apa jua bentuk. Kecekalan dan ketabahan para pemain serta jurulatih yang tak pernah mengenal erti jemu akhirnya telah membuahkan hasil. 

Untuk kali kedua berturut-turut, SK Seksyen 24 telah dinobatkan sebagai pasukan terhebat dalam sukan ini di peringkat daerah Petaling Perdana. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada para pentadbir yang sentiasa mendukung cita-cita kami untuk bergelar johan dan menyokong aktiviti kami.

Sekalung tahniah diucapkan buat anak-anak ini yang telah pun mengharumkan nama sekolah.

SENARAI NAMA PEMAIN STALLIONS 24 BAWAH 12 TAHUN


MUHAMMAD SYAHMI BIN SHAMSUL KAMAL
MUHAMAD FAIQ FERHAN BIN MOHAMAD FAISAL
MUHAMMAD HAZIM AIZZAT BIN MOKHTAR RODI
AIMAN FIKHRI BIN RAMLI
MUHAMMAD EIRFAN JUFRI BIN MOHD NAZRI
MUHAMAD FAIQ DANIEL BIN ABDULLAH
MUHAMMAD ZAIRULLAH ALIF BIN ZAINUDIN
NOOR HARIZ HARIRI BIN NOOR HASHIMI
AMMAR AIZUDIN BIN MOHD DIN
MUHAMMAD AIMAN FITRI BIN MOHD NAZRI
MUHAMMAD FARIS BIN AKMAL AZIZI
IRFAN AIMAN PUTRA BIN KAMAROLHIZEN

Harapan kami adalah, semoga kesemua ahli pasukan akan terus kekal dan terus menyumbang wangian yang akan mengharumi nama SK Seksyen sebagai jagoan terhebat sukan ini, Insha Allah.... 

Stallions 24 Hebat!







0 ulasan:

Catat Ulasan