Berikut adalah artikel yang dikongsikan oleh Puan Guru Besar di dalam group Whatapps.
Sekadar renungan dan pengubat hati (buat kami; para pendidik)
***********************************************************
Kredit imej di SINI.
Ceritanya...
Semalam,
Ada mak bapak yg datang meradang,
Menghentak meja,bersuara lantang,
Meluah rasa menjeling pandang,
Kecik hati tak diundang,
Marah benar bila dibuang,
Macam amuk pemain bola dibuang padang..
Ceritanya..
Semalam,
Maruah cikgu diejek-ejek,
Dikata tak layak jadi pendidik,
Ijazah yg ada sekadar dikelek,
Masa mengajar dipendek-pendek,
Pengalaman yg ada disukat cetek..
Telinga cikgu mendengar jelek..
Ceritanya,
Hari ini,
Ada murid yg datang lewat,
Sedangkan rumah duduknya dekat,
Cikgu pun tnya kenapa liat,
Hari hari lmbat, ke mana solat?
Muka murid tersenyum kelat,
Otak murid berfikir ligat,
Nak gentar apa,cikgu tak boleh nk sebat,
Paling tak tulis nama dlm buku lewat..
Ceritanya,
Hari ini,
Ada cikgu mengajar di depan kelas,
Ada murid di belakang bersembang bebas,
Ada kerja utk 1 kelas,
Tapi yang siap tak sampai sebelas,
Marah cikgu berbekas bekas,
Niat di hati mengajar ikhlas,
Yg rajin tiga belas,
Yg lain malas!
Ceritanya,
Nati,
Tatkala result keluar,
1 sekolah berdebar-debar,
Mak bapak tak sabar-sabar,
Mesti result anak aku bikin gempar...
Silap silap masuk surat khabar..
Ceritanya,
Bila result mula diumumkan,
Anak dapat cukup cukup makan,
Anak nangis mintak ehsan,
Bukan apa takut balik dirotan,
Anak dipujuk, cikgu disalahkan,
Konon cikgu tak berkelayakan,
Ilmu yg ada tak cukup padan..
Mak bapak melepas baran,
Anak aku bukan sebarangan,
Lahir dari keturunan tuan-tuan,
Patut dapt keputusan no one..
Ceritanya..
Hari ini,
Hati cikgu mendidih-didih,
Mak bapak xtau berterima kasih,
Hati cikgu mana tak sedih,
Tp cikgu hatinya jernih,
Marah pergi sejuk diraih,
Biar mak bapak makinya berbuih,
Nawaitu cikgu bersifat bersih..
Luhur hatinya tetap ditagih,
Hari ini, aku berterima kasih..
Pada guru yg berperit jerih,
Yg tak pernah letih,
Bukan wang ringgit yang cikgu ketagih,
Cukupla sekadar terima kasih..
***********************************************************
Notakaki admin:Bukan semua murid atau ibubapa bersifat begini. Tapi hanya segelintir sahaja. Ada juga ibubapa yang sangat menyanjungi guru atas dasar sudi mendidik anak mereka "menggantikan sementara" tugas ibubapa mendidik anak di rumah.
Tak mengapalah, kerana saya percaya tugas yang mencabar pastinya akan memberikan "ganjaran tak nampak" di akhir nanti.
Ikhlaskan hati dan tanamkan jiwa "pendidik" dalam diri dan terus melangkah. Setiap yang hebat pastinya bermula dengan jiwa yang hebat juga, Bertabahlah dan kita pasti berjaya.
#ubathati #pendidik
0 ulasan:
Catat Ulasan