::: BERITA & PEMBERITAHUAN :::


KELAS TAMBAHAN PAGI TAHUN 6

BERMULA 1 JULAI 2014 HINGGA 8 SEPTEMBER 2014
SETIAP HARI SELASA, RABU & KHAMIS
JAM 7.10 PG HINGGA 7.40 PG




KELAS TAMBAHAN SABTU TAHUN 6

5 JULAI 2014 (SABTU)
8.00 PG HINGGA 11.15 PG
KEHADIRAN SEMUA MURID TAHUN 6 ADALAH WAJIB




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #1 2014

8 JULAI 2014 HINGGA 10 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #2 (MGB SELANGOR) 2014

22 JULAI 2014 HINGGA 24 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS


Dikemaskini pada 30 JUN 2014 (Isnin)



Jumaat, 7 Mac 2014

MTQSS 2014


05 Mac 2014- Pihak sekolah menghantar beberapa orang murid utk menyertai pertandinagan MTQSS 2014 Zon 2 bertempat di SK Seksyen 18. Alhamdulillah SK Seksyen 24 telah mendapat tempat Johan untuk kategori Nasyid Berkumpulan dan Tilawah Al-Quran (Perempauan) melalui adik Ainul Mardiah. Selain itu, SK Seksyen 24 mendapat tempat Naib Johan untuk kategori Bercerita dari kisah Al-Quran (BM) (Perempuan) melalui adik Nor Farzana dan tempat Ketiga untuk kategori Bercerita dari kisah Al-Quran (BM) (Lelaki) melaui adik Aliff Qayyum. Sungguh tidak disangka tahun 2014 merupakan tahun gemilang bagi SK Seksyen 24 dalam penyertaan MTQSS. Jutaan terima kasih diucapkan kepada semua warga SK Seksyen 24 yang telah terlibat secara langsung dan tidak langsung khususnya Ust Mohd Najib, Ust Muhammad Helmi, Ust Muhammad Asyraf, Ustzh Masnidah, Cikgu Shatirah (pengubah lirik dan lagu), Cikgu Bee Bee Rozita, Ustzh Shobehah, Ustzh Fatihah, Ustzh Kamilah, Ustzh Norazura, Ustzh Nor Azlizan. Tidak dilupakan terima kasih buat ibu bapa yang memberi sokongan sepanjang program berlangsung.













Keputusan MTQSS

Nasyid Berkumpulan : JOHAN




Tilawah Al-Quran (Perempuan) : JOHAN




Bercerita dari kisah Al-Quran (BM) (Perempuan) : NAIB JOHAN




Bercerita dari kisah Al-Quran (BM) (Lelaki) : KETIGA


Khamis, 6 Mac 2014

Sukan Olahraga MSSD 2014

04 Mac 2014 - Pihak sekolah telah menghantar adik Mohd Syazani, Mifdhal dan Puteri Nur Izzati untuk mewakili sekolah dalam acara 200 meter peringkat akhir di Pusat Sukan Negeri, SMK USJ 23. Alhamdulillah setelah berkampung di sana selama lima hari, SK Seksyen 24 telah berjaya mendapat pingat perak dalam acara balapan 200 meter kategori Tahun 6 (Perempuan). Tahniah diucapkan kepada adik Puteri Nur Izzati binti Zainorafin atas kejayaan beliau seterusnya mengharumkan nama sekolah SK Seksyen 24. Jutaan terima kasih diucapkan buat semua guru dan kakitangan SK Seksyen 24 terutamanya Cikgu Zakwan dan Cikgu Mohd Nasuha sebagai jurulatih olahraga. Tidak lupa terima kasih buat ibu bapa yang memberi sokongan sepanjang program berlangsung. Syabas!




Jumaat, 7 Februari 2014

Prestasi Squad Wira Gempor 24 ( Road Run 2014)

Pada 7 hb Februari 2014, murid-murid SK Seksyen 24 telah menyertai Kejohanan Road Run.

Alhamdulillah, kejohanan ini telah berjalan dengan lancar walaupun terdapat sedikit kecederaan pada murid-murid yg mengambil bahagian. Dikesempatan ini jurulatih Bola sepak,En Rosdi B.Ismail boleh mengukur tahap keupayaan stamina para pemain bola sepak sks 24 yang hebat.Squad Wira Gempor telah membuktikan kejayaan awal ke arah membina pasukan yang mantap bagi mengharungi kejohanan MSSD yg bakal menjelang pada bln April kelak.Syabas Wira Gempor 24.Tahniah juga guru-guru dan murid-murid




 Sks 24 yang hebat...

Perlawanan Sambil Lawatan Ke Melaka

Pada 21 hb disember lepas..pasukan juara prm 2013 telah menyertai pertandingan Piala Datuk Azizan...Batu Berendam..Melaka .Sebanyak 16 pasukan sekitar Melaka telah menyertai pertandingan tersebut.Pertandingan telah diadakan secara round robin..Sks 24 telah menghantar 3 pasukan dan akhirnya sks24 telah mendapat tempat kedua dan keempat..Murid-murid telah mendapat medal dan hadiah berupa wang tunai sebanyak Rm300 dan Rm 100.Tahniah diucapkan kerana mengharumkan nama sekolah dan selangor secara amnya.






Rabu, 5 Februari 2014

SURAT PEKELILING IKHTISAS (SPI) & SURAT SIARAN PEMAKAIAN PAKAIAN KOKURIKULUM DI HARI PERSEKOLAHAN

Berikut adalah Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) dan surat siaran berkaitan Pemakaian Pakaian Kokurikulum di Hari Persekolahan daripada pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) untuk rujukan semua guru, murid dan ibu bapa / penjaga SK Seksyen 24.

1. Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.8 / 2007 - Garis Panduan Pemakaian Pakaian Kokurikulum Di Hari Persekolahan Dan Perhimpunan Bulanan Kokurikulum.





2. Surat Siaran Kementerian Pendidikan Malaysia Bilangan 19 Tahun 2013 - Pemakaian Uniform Kadet Remaja Sekolah Bagi Pengarah Bahagian, Pengarah Pendidikan Negeri, Pegawai-pegawai Bahagian, Jabatan Pendidikan Negeri dan Pejabat Pendidikan Daerah Serta Pengetua, Guru Besar dan Guru-guru Yang Berkenaan.




Isnin, 3 Februari 2014

Kejuaraan PRM 2013










Ahad, 26 Januari 2014

Latihan Pasukan Ragbi Rimau Sudah Bermula...

Sejarah yang terlakar tahun lepas bagi skuad ragbi rimau SK Seksyen 24 telah merintis jalan buat anak-anak ini untuk memulakan latihan seawal Januari lagi. Di bawah bimbingan jurulatih En. Zul Emran dan En. Nasuha, tahun ini kita akan cuba sekali lagi melakukan yang terbaik untuk menggondol kejuaraan sekali lagi. 

Tahun lalu, berkat kesabaran dan kecekalan pemain dan jurulatihnya kita berjaya menjuarai kejohanan bawah 12 tahun dan bawah 10 bagi sukan ragbi rimau yang memasuki tahun ke-4 bertapak di sekolah ini.
Untuk rekod kejayaan yang pernah dicapai oleh pasukan ini, boleh klik link di bawah:
Pemain akan dipilih dari kalangan bawah 12 tahun dan 10 tahun.

Pemain bawah 10 tahun akan dipilih lebih awal bagi tujuan untuk pendedahan kepada sukan yang agak asing ini.

Barisan pemain senior yang masih kekal untuk membuktikan kepada sekolah bahawa mereka akan mengharumkan nama sekolah.
Pasukan ini turut dibantu oleh pengurus; En. Hazren.

Pasukan ini MASIH MENCARI NAMA GELARAN YANG BERSESUAIAN untuk digunakan dalam apa-apa kejohanan. Jadi, kami amat mengalu-alukan jika ada cadangan nama yang sesuai yang boleh diberikan kepada mereka.

Selain itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan DALAM BENTUK KEWANGAN dari pihak yang bermurah hati untuk membuat jersi ragbi yang memerlukan kos yang agak tinggi bersesuaian dengan kualitinya. Jika ada pihak yang berminat untuk menyumbang, boleh hubungi kami di ruangan komen atau boleh menghubungi pengurus pasukan di talian 012-3085979 (En. Hazren).

Selamat berjaya diucapkan untuk pasukan ragbi rimau SK Seksyen 24 untuk tahun 2014 ini dan semoga akan terus mengharumkan nama SK Seksyen 24 di peringkat daerah dan juga negeri, mudah-mudahan.... InshaAllah....

Jumaat, 24 Januari 2014

Aktiviti Kokurikulum: Sukan Dan Permainan Bola Tampar

Aktiviti Kokurikulum

SK Seksyen 24 Shah Alam

Sukan dan Permainan

Bola Tampar

Tarikh : 22/01/2014