::: BERITA & PEMBERITAHUAN :::


KELAS TAMBAHAN PAGI TAHUN 6

BERMULA 1 JULAI 2014 HINGGA 8 SEPTEMBER 2014
SETIAP HARI SELASA, RABU & KHAMIS
JAM 7.10 PG HINGGA 7.40 PG




KELAS TAMBAHAN SABTU TAHUN 6

5 JULAI 2014 (SABTU)
8.00 PG HINGGA 11.15 PG
KEHADIRAN SEMUA MURID TAHUN 6 ADALAH WAJIB




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #1 2014

8 JULAI 2014 HINGGA 10 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #2 (MGB SELANGOR) 2014

22 JULAI 2014 HINGGA 24 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS


Dikemaskini pada 30 JUN 2014 (Isnin)



Ahad, 16 Mac 2014

Persahabatan Bolasepak di Kuala Lumpur

Pada 16.3.2014@Ahad..10 am..squad Wira Gempor 24 telah mengadakan perlawanan persahabatan dengan Sk Sri Rampai yang bertempat di Wangsa Maju Kuala Lumpur.Sekolah tersebut merupakan salah satu projek pembangunan bolasepak yang diselia oleh PBKL.Pihak Sks 24 amat berbesar hati dapat menjalinkan perhubungan erat dengan merentas negeri demi pembangunan bolasepak Malaysia amnya. Sks(4) vs Sk Tmn Sri Rampai & Kelab Jasmine Junior(1) Dengan kejayaan...

Siri 2 Bolasepak Sks24

Perlawanan persahabatan Bolasepak wira gempor diteruskan dengan perlawanan menentang pasukan-pasukan pilihan. Pada 6.3.2014@Khamis Wira gempor 24 Sk Taman Bukit Subang Sks24 (3) Vs Sk TBS(3) Semoga perlawanan persahabatan ini menjadi pengalaman berguna utk 24 dan memperbaiki segala kelemahan yang ada untuk kejohanan MSSD kelak                                ...

Khamis, 13 Mac 2014

Laporan Aktiviti Pra Nilam

Salam semua... Hari ini 13 March 2014 masuk hari ke 13 Pn Faridah berada di Hospital kerana kesihatan yang tidak mengizinkan.... Doa dan harapan semua akan menguatkan semangat beliau untuk terus berjuang melawan penyakitnya.... Anak-anak murid mesti kuatkan semangat, belajar dan terus berusaha untuk meningkatkan kemahiran kerana hanya itu sahaja impian cikgu.... Bersama-sama ini adalah gambar aktiviti kelas prasekolah NILAM..  Gambar kenangan...

Laporan Aktiviti Pra Zamrud

Salam semua... Sudah lama tidak memuat naik aktiviti di kelas prasekolah ... harap maaf mungkin disebabkan kami masih berdukacita dengan keadaan guru kami yang masih di rawat di hospital. Sama-samalah kita berdoa agar beliau cepat sembuh dan dapat kembali kepangkuan keluarga tercinta. Berikut adalah antara aktiviti yang dijalankan di Prasekolah SK Seksyen 24...  Gambar kenang-kenangan bersama semua warga Prasekolah Zamrud  Aktiviti...

Jumaat, 7 Mac 2014

MTQSS 2014

05 Mac 2014- Pihak sekolah menghantar beberapa orang murid utk menyertai pertandinagan MTQSS 2014 Zon 2 bertempat di SK Seksyen 18. Alhamdulillah SK Seksyen 24 telah mendapat tempat Johan untuk kategori Nasyid Berkumpulan dan Tilawah Al-Quran (Perempauan) melalui adik Ainul Mardiah. Selain itu, SK Seksyen 24 mendapat tempat Naib Johan untuk kategori Bercerita dari kisah Al-Quran (BM) (Perempuan) melalui adik Nor Farzana dan tempat Ketiga...

Khamis, 6 Mac 2014

Sukan Olahraga MSSD 2014

04 Mac 2014 - Pihak sekolah telah menghantar adik Mohd Syazani, Mifdhal dan Puteri Nur Izzati untuk mewakili sekolah dalam acara 200 meter peringkat akhir di Pusat Sukan Negeri, SMK USJ 23. Alhamdulillah setelah berkampung di sana selama lima hari, SK Seksyen 24 telah berjaya mendapat pingat perak dalam acara balapan 200 meter kategori Tahun 6 (Perempuan). Tahniah diucapkan kepada adik Puteri Nur Izzati binti Zainorafin atas kejayaan beliau seterusnya...