::: BERITA & PEMBERITAHUAN :::


KELAS TAMBAHAN PAGI TAHUN 6

BERMULA 1 JULAI 2014 HINGGA 8 SEPTEMBER 2014
SETIAP HARI SELASA, RABU & KHAMIS
JAM 7.10 PG HINGGA 7.40 PG




KELAS TAMBAHAN SABTU TAHUN 6

5 JULAI 2014 (SABTU)
8.00 PG HINGGA 11.15 PG
KEHADIRAN SEMUA MURID TAHUN 6 ADALAH WAJIB




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #1 2014

8 JULAI 2014 HINGGA 10 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #2 (MGB SELANGOR) 2014

22 JULAI 2014 HINGGA 24 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS


Dikemaskini pada 30 JUN 2014 (Isnin)



Selasa, 7 Januari 2014

Radhi OAG Terjah SK Seksyen 24!

Bersempena dengan Minggu PPDa peringkat sekolah bagi SK Seksyen 24, Shah Alam bagi tahun 2012, kami telah mengadakan satu slot ceramah dan sesi perkongsian ilmu dengan kerjasama daripada Persatuan Pengasih Malaysia (PENGASIH).

Ceramah ini bertujuan untuk menimbulkan kesedaran kepada para warga SK Seksyen 24 tentang bahaya dan bahana jika diri terjebak ke kancah najis dadah ini.

Alhamdulillah, dengan mendapat kerjasama yang sangat baik dari pihak PENGASIH, kami telah berjaya mendapatkan Radhi OAG untuk berkongsi pengalamannya.

Turut hadir bersama ialah Encik Suhaimi yang juga merupakan bekas penagih dadah tegar suatu masa dahulu.
Pihak kami mengharapkan agar program seperti ini akan dapat menimbulkan impak yang sangat mendalam di dalam menanamkan rasa benci untuk terjebak dengan dadah. InsyaAllah, program yang baik seperti ini akan dijadikan program tahunan di dalam takwim aktiviti sekolah.

Beberapa shot yang diambil oleh Encik Hazren semasa aktiviti sedang dijalankan.




Untuk lanjutan foto, sila lawati link ini.

Ceramah PPDa feat Radhi OAG + Pengasih


Dan jangan lupa untuk "LIKE" facebook page kami atau cari sahaja menggunakan kata kunci "PPDa SK Seksyen 24, Shah Alam

0 ulasan:

Catat Ulasan