::: BERITA & PEMBERITAHUAN :::


KELAS TAMBAHAN PAGI TAHUN 6

BERMULA 1 JULAI 2014 HINGGA 8 SEPTEMBER 2014
SETIAP HARI SELASA, RABU & KHAMIS
JAM 7.10 PG HINGGA 7.40 PG




KELAS TAMBAHAN SABTU TAHUN 6

5 JULAI 2014 (SABTU)
8.00 PG HINGGA 11.15 PG
KEHADIRAN SEMUA MURID TAHUN 6 ADALAH WAJIB




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #1 2014

8 JULAI 2014 HINGGA 10 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #2 (MGB SELANGOR) 2014

22 JULAI 2014 HINGGA 24 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS


Dikemaskini pada 30 JUN 2014 (Isnin)



Khamis, 30 Januari 2014

Setelah hampir sepurnama di prasekolah....

Salam semua .... setelah hampir sebulan memulakan sesi persekolahan di tahun 2014, kanak-kanak prasekolah sudah boleh membiasakan diri dengan kemahiran berkomunikasi serta toleransi.

Mereka sudah mula mempelajari kemahiran baru... Antaranya adat sebelum dan sesudah makan... antara amalan hidup seharian...

Aktiviti Seni Kreatif Prasekolah

Minggu ini kanak-kanak prasekolah belajar membuat aktviti seni kreatif..

Membuat terompah daripada kertas... Latihan ini memberikan kemahiran kanakkanak membuat ciptaan terompah dengan kaedah melukis corak, menekap bentuk dan menggunting ...

p/s: Lepas ni boleh la kalau nak tempah terompah dengan kami.... ;)

Rabu, 29 Januari 2014

Memoir of Tahun 4 2013

 4 AMANAH 2013
GURU KELAS : CIK RIMALA A/P MURUGAYAH

 4 BERSIH 2013
GURU KELAS : PN. NUR SHADIANA

4 CERGAS 2013
GURU KELAS : PN. HIZAMILA

 4 HORMAT 2013
GURU KELAS : PN. NOR AZIDAWATI

 4 IKHLAS 2013
GURU KELAS : EN. AHMAD ZAKWAN

4 JUJUR 2013
GURU KELAS : PN.SITI ZARINA

Selasa, 28 Januari 2014

WATIKAH PELANTIKAN KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS SESI 2014

WATIKAH PELANTIKAN 
KETUA DAN PENOLONG KETUA KELAS 
SESI 2014

SEK KEB SEKSYEN 24 SHAH ALAM
40300 SHAH ALAM,
SELANGOR.


TARIKH : 27 / 01 / 2014
HARI : ISNIN

MASA : 7.40 PAGI

TEMPAT : DATARAN PERHIMPUNAN SK SEK 24

Sesi ikrar sempena pelantikan Ketua Darjah dan Penolong Ketua Darjah tahun 3-6 2014.

 


Ahad, 26 Januari 2014

Latihan Pasukan Ragbi Rimau Sudah Bermula...

Sejarah yang terlakar tahun lepas bagi skuad ragbi rimau SK Seksyen 24 telah merintis jalan buat anak-anak ini untuk memulakan latihan seawal Januari lagi. Di bawah bimbingan jurulatih En. Zul Emran dan En. Nasuha, tahun ini kita akan cuba sekali lagi melakukan yang terbaik untuk menggondol kejuaraan sekali lagi. 

Tahun lalu, berkat kesabaran dan kecekalan pemain dan jurulatihnya kita berjaya menjuarai kejohanan bawah 12 tahun dan bawah 10 bagi sukan ragbi rimau yang memasuki tahun ke-4 bertapak di sekolah ini.
Untuk rekod kejayaan yang pernah dicapai oleh pasukan ini, boleh klik link di bawah:
Pemain akan dipilih dari kalangan bawah 12 tahun dan 10 tahun.

Pemain bawah 10 tahun akan dipilih lebih awal bagi tujuan untuk pendedahan kepada sukan yang agak asing ini.

Barisan pemain senior yang masih kekal untuk membuktikan kepada sekolah bahawa mereka akan mengharumkan nama sekolah.
Pasukan ini turut dibantu oleh pengurus; En. Hazren.

Pasukan ini MASIH MENCARI NAMA GELARAN YANG BERSESUAIAN untuk digunakan dalam apa-apa kejohanan. Jadi, kami amat mengalu-alukan jika ada cadangan nama yang sesuai yang boleh diberikan kepada mereka.

Selain itu, kami amat mengalu-alukan sumbangan DALAM BENTUK KEWANGAN dari pihak yang bermurah hati untuk membuat jersi ragbi yang memerlukan kos yang agak tinggi bersesuaian dengan kualitinya. Jika ada pihak yang berminat untuk menyumbang, boleh hubungi kami di ruangan komen atau boleh menghubungi pengurus pasukan di talian 012-3085979 (En. Hazren).

Selamat berjaya diucapkan untuk pasukan ragbi rimau SK Seksyen 24 untuk tahun 2014 ini dan semoga akan terus mengharumkan nama SK Seksyen 24 di peringkat daerah dan juga negeri, mudah-mudahan.... InshaAllah....

Sabtu, 25 Januari 2014

Mesyuarat Agung PIBG kali ke-24 2014


Mesyuarat PIBG kali ke-24 sedang berlangsung di Dewan Terbuka SK Seksyen 24. Pelbagai hebahan dan cadangan telah dibuat. Diharapkan dapat mencapai satu persetujuan dan "mutual deal" demi kebaikan anak-anak kita.

YDP yang lama, masih dikekalkan untuk musim yang akan datang, Puan Zulfahanim bt Rashid. Semoga kerjasama yang terjalin ini akan membuahkan hasil yang memberikan kebaikan kepada anak-anak kita dan nama baik sekolah!


Jumaat, 24 Januari 2014

SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2014


SAMBUTAN MAULIDUL RASUL PERINGKAT SEKOLAH 2014
SK SEKSYEN 24 SHAH ALAM

Satu majlis sambutan Maulidur Rasul peringkat sekolah telah diadakan pada hari ini; 24 Januari 2014 di perkarangan SK Seksyen 24. Antara aktiviti yang telah dijalankan ialah:
  • Perarakan sambil berselawat ke atas Junjungan Besar SAW.
  • Persembahan nasyid oleh murid tahun 5.
  • Tazkirah Maulidur Rasul oleh Ustaz Hishamudin bin Iberahim (Peserta Pencetus Ummah ; PU Hissam)
  • Sesi soal jawab trivia berkaitan Nabi Muhammad
Sumber dan maklumat lanjut berkenaan PU Hissam di sini : PENCETUS UMMAH

Berikut adalah foto yang sempat diambil sepanjang aktiviti tersebut.








Aktiviti Kokurikulum: Sukan Dan Permainan Bola Tampar

Aktiviti Kokurikulum

SK Seksyen 24 Shah Alam

Sukan dan Permainan

Bola Tampar

Tarikh : 22/01/2014






Aktiviti Kokurikulum : Unit Beruniform PBSM


Aktiviti Kokurikulum

SK Seksyen 24 Shah Alam

Unit Beruniform

Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM)

Tarikh : 22/01/2014










Khamis, 23 Januari 2014

Aktiviti Kokurikulum : Unit Beruniform Pengakap

Salam semua ... 
Minggu ini Unit Beruniform Pengakap menjalankan aktitvi kemahiran melambung belon yang berisi air secara berpasangan.

Ia bertujuan untuk untuk melatih skuad pengakap dengan kemahiran imbangan serta memupuk semangat kerjasama kumpulan....

Good job and 'walla' to all teacher...

Buku Panduan dan Peraturan Murid - SK Seksyen 24


Aktiviti anak-anak prasekolah...

Aktiviti anak-anak prasekolah... 
Permainan luar dijalankan untuk melatih anak-anak kemahiran fizikal 
serta psikomotor kanak-kanak.. 
Aktiviti belajar..... seperti biasa tetap dijalankan cuma konsepnya "BERMAIN SAMBIL BELAJAR" 
 .... baru enjoy datang ke sekolah. 



Wajah Prasekolah Nilam 2014

Salam sejahtera semua ....

Perkenalkan inilah wajah-wajah kecil ceria anak-anak Prasekolah Nilam kami....

Guru Prasekolah Nilam : Pn. Faridah bt Ismail
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) : Cik Roshila bt Hamid

Jadual Waktu Persekolahan SK Seksyen 24 tahun 2014

Merujuk daripada buku Panduan dan Peraturan Murid 


Rabu, 22 Januari 2014

Larangan Membawa Telefon Bimbit

 
LARANGAN TELEFON BIMBIT
Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.2/2009

(a) Murid DILARANG sama sekali membawa dan memiliki telefon bimbit di dalam kawasan sekolah
     dengan apa cara sekali pun, baik sewaktu sesi persekolahan rasmi mahupun aktiviti kokurikulum.

(b) Ibubapa perlu memastikan anak-anak mereka patuh kepada peraturan ini bagi mengelakkan sebarang
      masalah seperti kehilangan serta kerosakan telefon yang dimiliki oleh anak mereka hingga boleh
      menyalahkan pihak sekolah.

(c) Bagi sebarang kes yang memerlukan murid menghubungi keluarga, pihak sekolah ada menyediakan
     telefon awam di sekitar kawasan sekolah yang boleh digunakan pada waktu tertentu.

(d) Telefon bimbit yang diambil dari murid oleh pihak sekolah perlu diserahkan pada hari itu juga jika diambil
      pada waktu pagi dan jika pada waktu petang, akan diserahkan keesokan pagi.

(e) Hanya ibubapa/penjaga SAHAJA yang dibenarkan datang mengambil telefon bimbit ini dan perlu mengis
     borang akujanji yang murid tersebut tidak akan membawa lagi telefon bimbit ke sekolah.

(f) Jika perbuatan tersebut berterusan walau surat akujanji telah dibuat, pihak sekolah tidak akan
    bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau kehilangannya di sekolah bila-bila masa.

Sekian untuk makluman. Terima kasih.

Wajah Prasekolah Zamrud 2014

Salam...
 Inilah anak-anak Prasekolah Zamrud tahun 2014

Guru Prasekolah Zamrud : Pn. Suria bt Mohammad
Pembantu Pengurusan Murid (PPM) : Pn. Rukiah bt Tar

Setiap Hari Rabu adalah Hari Kokurikulum. Ayuh Beruniform!

Assalamualaikum semua warga SKS 24,

Setiap hari Rabu merupakan hari Kokurikulum sekolah yang melibatkan aktiviti kokurikulum Unit Beruniform dan diselang-seli dengan kelab/persatuann serta permainan.

Semua murid yang terlibat digalakkan memakai uniform unit masing-masing termasuklah guru-guru dan pentadbir.

Pentadbir adalah Komandan Tunas Kadet Remaja Sekolah dan guru adalah pemimpin. Inilah contoh Komandan SKS24!

Tahniah diucapkan kepada Puan Guru Besar kami...

Segak Puan Jamaliah beruniform hari ni... :)
 

Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100.


Salam sejahtera.
Pada pembentangan Bajet 2014 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Menteri Kewangan berkata Kerajaan Pusat akan meneruskan Bantuan Khas Awal Persekolahan RM100 kepada pelajar sekolah rendah dan menengah serta baucar buku RM250 kepada pelajar institusi pengajian tinggi di negara ini, tahun depan. 
Sebanyak RM540 juta disediakan untuk bantuan persekolahan dan baucar buku tersebut bagi mengurangkan beban kewangan ibu bapa dan ini adalah tahun ketiga kerajaan menyediakan bantuan persekolahan tersebut.

Pemberian Bantuan Khas Awal Persekolahan sebanyak RM 100 bagi murid SK Seksyen 24, Shah Alam akan dijalankan mengikut ketetapan berikut :

Tarikh :
23 Januari 2014
 
Hari :
Khamis

Jam :
10.30 pagi - 12.30 tengahari (Tahun 3, 4, 5 & 6) - Sesi pagi

11.00 pagi - 1.00 tengahari (Tahun 1 & 2) - Sesi petang

Venue : Kelas anak masing-masing

Ibubapa/penjaga boleh mula untuk mendapatkan wang bantuan persekolahan ini TEPAT PADA MASANYA dari GURU KELAS anak-anak tuan/puan. Jika anda tidak dapat mengambil wang bantuan ini pada masa yang ditetapkan, anda bolehlah menuntut wang tersebut di pejabat sekolah pada waktu pejabat. 

Tuan/puan dikehendaki membawa bersama:
  • MyKid/surat beranak anak tuan/puan
  • MyKad (Kad Pengenalan) tuan/puan 

sebagai bukti untuk melayakkan  tuan/puan menerimanya bagi pihak anak.

Sekian,  untuk makluman.

Selasa, 21 Januari 2014

Ceritanya.....

Berikut adalah artikel yang dikongsikan oleh Puan Guru Besar di dalam group Whatapps. 
Sekadar renungan dan pengubat hati (buat kami; para pendidik)
***********************************************************
 Kredit imej di SINI.

Ceritanya...
Semalam,
Ada mak bapak yg datang meradang,
Menghentak meja,bersuara lantang,
Meluah rasa menjeling pandang,
Kecik hati tak diundang,
Marah benar bila dibuang,
Macam amuk pemain bola dibuang padang..

Ceritanya..
Semalam,
Maruah cikgu diejek-ejek,
Dikata tak layak jadi pendidik,
Ijazah yg ada sekadar dikelek,
Masa mengajar dipendek-pendek,
Pengalaman yg ada disukat cetek..
Telinga cikgu mendengar jelek..

Ceritanya,
Hari ini,
Ada murid yg datang lewat,
Sedangkan rumah duduknya dekat,
Cikgu pun tnya kenapa liat,
Hari hari lmbat, ke mana solat?
Muka murid tersenyum kelat,
Otak murid berfikir ligat,
Nak gentar apa,cikgu tak boleh nk sebat,
Paling tak tulis nama dlm buku lewat..

Ceritanya,
Hari ini,
Ada cikgu mengajar di depan kelas,
Ada murid di belakang bersembang bebas,
Ada kerja utk 1 kelas,
Tapi yang siap tak sampai sebelas,
Marah cikgu berbekas bekas,
Niat di hati mengajar ikhlas,
Yg rajin tiga belas,
Yg lain malas!

Ceritanya,
Nati,
Tatkala result keluar,
1 sekolah berdebar-debar,
Mak bapak  tak sabar-sabar,
Mesti result anak aku bikin gempar...
Silap silap masuk surat khabar..

Ceritanya,
Bila result mula diumumkan,
Anak dapat cukup cukup makan,
Anak nangis mintak ehsan,
Bukan apa takut balik dirotan,
Anak dipujuk, cikgu disalahkan,
Konon cikgu tak berkelayakan,
Ilmu yg ada tak cukup padan..
Mak bapak melepas baran,
Anak aku bukan sebarangan,
Lahir dari keturunan tuan-tuan,
Patut dapt keputusan no one..

Ceritanya..
Hari ini,
Hati cikgu mendidih-didih,
Mak bapak xtau berterima kasih,
Hati cikgu mana tak sedih,
Tp cikgu hatinya jernih,
Marah pergi sejuk diraih,
Biar mak bapak makinya berbuih,
Nawaitu cikgu bersifat bersih..
Luhur hatinya tetap ditagih,
Hari ini, aku berterima kasih..
Pada guru yg berperit jerih,
Yg tak pernah letih,
Bukan wang ringgit yang cikgu ketagih,
Cukupla sekadar terima kasih..

***********************************************************
Notakaki admin:
Bukan semua murid atau ibubapa bersifat begini. Tapi hanya segelintir sahaja. Ada juga ibubapa yang sangat menyanjungi guru atas dasar sudi mendidik anak mereka "menggantikan sementara" tugas ibubapa mendidik anak di rumah.

Tak mengapalah, kerana saya percaya tugas yang mencabar pastinya akan memberikan "ganjaran tak nampak" di akhir nanti.

Ikhlaskan hati dan tanamkan jiwa "pendidik" dalam diri dan terus melangkah. Setiap yang hebat pastinya bermula dengan jiwa yang hebat juga, Bertabahlah dan kita pasti berjaya.

#ubathati #pendidik

#throwback Persembahan Guru Oh Guru Gwiyomi....

Sambutan Hari Guru peringkat sekolah yang disambut tahun lepas. Di kalangan guru tahun 5 & 6, telah mengadakan persembahan adhoc dengan latihan yang singkat sempena hari istimewa buat insan bergelar guru ini.

Suatu persembahan yang mendapat perhatian di laman sosial facebook dan dikongsikan oleh ramai.
 Boleh dikatakan menjadi "viral" idea untuk persembahan sempena Hari Guru pada ketika itu....
Gabungan persembahan mimik lagu hits semasa "Gwiyomi" dan sajak meruntun qalbu karya Allahyarham Usman Awang; Guru Oh Guru.

Dipersembahkan oleh guru-guru yang terdiri dari Cikgu Azwar, Cikgu Helmi, Cikgu Hazren, Cikgu Nasuha, Cikgu Seeta, Ustaz Najib dan cikgu praktikal; Miss Ang. Satu kenangan cukup manis ketika itu.

Semoga terhibur....

p/s: agaknya, apalah persembahan Hari Guru tahun ni ye? ;)


Kredit imej:  dari DPLI j-QAF IPGKSM 2013 ini.



Isnin, 20 Januari 2014

Ujian Diagnostik Tahun 6 2014

Perhatian kepada semua murid, guru & ibu bapa/penjaga Tahun 6;

1. Ujian Diagnostik bagi murid-murid tahun 6 akan dilaksanakan seperti ketetapan berikut:
 

             Tarikh : 21 hingga 23 Januari 2014
             Hari : Selasa hingga Khamis
             Masa : Sila rujuk jadual yang dilampirkan

2. Kedudukan kelas murid akan disusun semula mengikut pencapaian murid dalam Ujian Diagnostik tersebut.

3. Mohon kerjasama semua ibu bapa/penjaga murid-murid tahun 6 untuk memastikan anak tuan/puan melakukan ulangkaji di rumah sebagai persediaan menghadapai ujian tersebut.

Sekian dimaklumkan. 

Terima Kasih.

#Penyelaras Tahun 6

SK Sekyen 24

Sabtu, 18 Januari 2014

Memoir of Tahun 1 2013.

 1 AMANAH 2013
GURU KELAS : PN. BEE BEE ROZITA

1 BERSIH 2013
GURU KELAS : PN. INTAN NURUL HUDA
 
 1 CERGAS 2013
GURU KELAS : PN. SITI AISYAH RAZIP

1 HORMAT 2013
GURU KELAS : PN. FATIMAH NOOR
 
 1 IKHLAS 2013
GURU KELAS : PN. NORBAITY

 1 JUJUR 2013
GURU KELAS : PN. NUR WARDIAH

1 PINTAR 2013
GURU KELAS : PN. SAADIAH