::: BERITA & PEMBERITAHUAN :::


KELAS TAMBAHAN PAGI TAHUN 6

BERMULA 1 JULAI 2014 HINGGA 8 SEPTEMBER 2014
SETIAP HARI SELASA, RABU & KHAMIS
JAM 7.10 PG HINGGA 7.40 PG




KELAS TAMBAHAN SABTU TAHUN 6

5 JULAI 2014 (SABTU)
8.00 PG HINGGA 11.15 PG
KEHADIRAN SEMUA MURID TAHUN 6 ADALAH WAJIB




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #1 2014

8 JULAI 2014 HINGGA 10 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #2 (MGB SELANGOR) 2014

22 JULAI 2014 HINGGA 24 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS


Dikemaskini pada 30 JUN 2014 (Isnin)



Khamis, 21 Oktober 2010

Tahniah : Tunas Olimpik Bawah 10 Bola Jaring.

Kejayaan demi kejayaan dilakar oleh warga SK Seksyen 24. Tahniah.


Syabas dan tahniah diucapkan kepada pasukan Bola Jaring Bawah 10 tahun bagi Tunas Olimpik yang telah berjaya mendapat tempat ke-3.
Hasil daripada latihan intensif di bawah bimbingan Puan Shadiana dan Puan Shamsinasuria serta bantuan beberapa orang guru lain, pelajar yang mewakili sekolah telah berjaya mendapat tempat ke-3 di dalam kejohanan tersebut. Saingan yang sengit telah diberikan oleh pasukan lawan yang sama hebat dan sama kuat.

 Dan berita yang lebih menggembirakan ialah 2 orang dari pelajar sekolah kita telah disenaraipendekkan untuk ke pemilihan bagi mewakili daerah iaitu adik Kamalia dan Marsya. Selamat berjaya diucapkan.


Menurut pengadil yang juga jurulatih pasukan bola jaring sekolah Puan Shadiana, pasukan sekolah telah menunjukkan permainan yang bersih serta semangat juang dan kesukanan yang tinggi demi memastikan nama sekolah dapat diharumkan.

Walau bagaimanapun, nasib kurang menyebelahi kita dengan saiz fizikal pemain kita yang agak "kecil" kerana tewas di tangan sekolah yang tidak kurang hebatnya. Kita tetap memberikan tentangan yang hebat bagi mengharumkan nama sekolah.


InsyaAllah, kita akan terus berjaya lagi di masa akan datang.
Berusahalah!

5 ulasan:

yea!!!:DD
T tgk bwh 11 plak..
h0pe dpt tmpt lg bgs..:DD

all the best to Netballers...
kecil2 cili padi..
kalau berani, kita jumpa masa tournament nanti..
ehehehe...

Catat Ulasan