::: BERITA & PEMBERITAHUAN :::


KELAS TAMBAHAN PAGI TAHUN 6

BERMULA 1 JULAI 2014 HINGGA 8 SEPTEMBER 2014
SETIAP HARI SELASA, RABU & KHAMIS
JAM 7.10 PG HINGGA 7.40 PG




KELAS TAMBAHAN SABTU TAHUN 6

5 JULAI 2014 (SABTU)
8.00 PG HINGGA 11.15 PG
KEHADIRAN SEMUA MURID TAHUN 6 ADALAH WAJIB




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #1 2014

8 JULAI 2014 HINGGA 10 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #2 (MGB SELANGOR) 2014

22 JULAI 2014 HINGGA 24 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS


Dikemaskini pada 30 JUN 2014 (Isnin)



Ahad, 17 Oktober 2010

Tahniah : Bilik Sumber PPDa Mendapat Tempat Ke-3.


Tahniah diucapkan kepada semua yang terlibat di dalam penghasilan Bilik Sumber PPDa (Program Pendidikan Pencegahan Dadah) yang telah berjaya mendapat tempat ke-3 pada pertandingan Bilik Sumber PPDa peringkat negeri Selangor yang telah diadili pada 29 September yang lalu.

Penilaian oleh pengadil telah dijalankan dengan begitu teliti dari semua kriteria dan aspek yang melayakkan sesebuah sekolah itu diiktiraf sebagai pemenang. 
Alhamdulillah, hasil kerja dan berkat usaha dan tenaga yang telah digembleng oleh semua warga SK Seksyen 24, kami telah berjaya mendapat tempat ke-3 pada tahun pertama kami menyertai pertandingan ini.
InsyaAllah, kami akan mencuba untuk mendapat tempat yang lebih baik di masa yang akan datang dengan memperbaiki segala kelemahan yang ada sekarang.

Berikut adalah keputusan penuh pertandingan termasuk untuk kategori Lorong/Taman PPDa dan Sudut PPDa:

Kategori : Bilik Sumber PPDa (Menengah)

Johan : SMK Seri Serdang
Kedua: SMK Dengkil
Ketiga: SMK Damansara Utama
Ke-4 : SMK Taman Desa
Ke-5 : SMK Taman Klang Utama

Kategori : Bilik Sumber PPDa (Rendah)


Johan : SK Taman Desa
Kedua: SK Dengkil
Ketiga: SK Seksyen 24
Ke-4 : SK Meru 2
Ke-5 : SK Dr Abdul Latif

Kategori : Sudut PPDa (Menengah)

Johan : SMK Dusun Nanding
Kedua: SMK Sungai Besar
Ketiga: SMK Vokasional Sg Buluh
Ke-4 : SMK Sg Manggis
Ke-5 : SMK Alam Megah 2

Kategori : Sudut PPDa (Rendah)

Johan : SK Sri Lanang
Kedua : SK Subang Bestari
Ketiga : SK Tmn Bukit Subang
Ke-4 : SK TTDI Jaya
Ke-5 : SK Sinaran Budi

Tahniah diucapkan kepada semua pemenang. 

0 ulasan:

Catat Ulasan