SHAH ALAM, 27 September 2010 - Tahniah kepada semua penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2009 bagi SK Seksyen 24.
Majlis anugerah tersebut telah dilangsungkan di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SUK) dan telah disampaikan oleh Yang Berbahagia Tuan Sulaiman bin Wak, Ketua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri Selangor
Di antara penerima APC tersebut ialah:
- Encik Zul Emran bin Harun Ar-Rshid
- Encik Nor Hazren bin Hassim
- Puan Azlina Bt Suboh
- Puan Shamsinasuria Bt Abu Kassim
- Puan Nor Rasyidatul Maria Bt Ahmad
- Puan Norliza bt Mokhtar
Bersama-sama dengan 6 orang penerima APC dari SK Seksyen 24 kali ini adalah seramai 777 orang guru yang lain. Penerima APC menerima sijil penghargaan berserta dengan saguhati wang tunai sebanyak RM 1,000.
Tahniah diucapkan dan semoga prestasi yang membanggakan ini akan dapat diteruskan sampai bila-bila selagi masih bergelar seorang pendidik, InsyaAllah!
0 ulasan:
Catat Ulasan