::: BERITA & PEMBERITAHUAN :::


KELAS TAMBAHAN PAGI TAHUN 6

BERMULA 1 JULAI 2014 HINGGA 8 SEPTEMBER 2014
SETIAP HARI SELASA, RABU & KHAMIS
JAM 7.10 PG HINGGA 7.40 PG




KELAS TAMBAHAN SABTU TAHUN 6

5 JULAI 2014 (SABTU)
8.00 PG HINGGA 11.15 PG
KEHADIRAN SEMUA MURID TAHUN 6 ADALAH WAJIB




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #1 2014

8 JULAI 2014 HINGGA 10 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #2 (MGB SELANGOR) 2014

22 JULAI 2014 HINGGA 24 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS


Dikemaskini pada 30 JUN 2014 (Isnin)



Ahad, 5 Julai 2009

Pertandingan Kompang Formasi peringkat Negeri Selangor

location: SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah
(famous and well-known school in Shah Alam)

Sabtu yang lepas, aku tolong hantar budak2sekolah aku ke Pertandingan Kompang Formasi peringkat Negeri Selangor sempena Karnival Pertandingan Kebudayaan Peringkat Negeri Selangor anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Selangor.

Pertandingan sangat sengit terutama daripada mereka yang dah established dalam kompang formasi ni. Sekolah aku ibarat budak baru bertatih, dan kami berlatih tak sampai pun sebulan cuma seminggu jea... dan kami tak mengharap menang pun. Sekadar menimba dan menceduk ilmu ke-kompang-formasi-an jea...

Tahun depan kalau ade lagi, InsyaAllah lebih baik la daripada ini. Anjurannya takdela baik sangat, tapi ok laa...
Cuma cuaca banyak membantu jugak laa. Sebab hari tu nak kate panas tak, nak kate tak panas pun tak...sedang2 aje....
inilah pasukan sekolah; masih bertatih, tahun depan kita berlari laju pulak yea..!
the Meet Uncle Hussin (MUH) team. halfly-smiley faced

Aku amik kesempatan untuk merakam gambar mereka. Dari awal lagi aku macam tau yang mereka ni "SESUATU"....Mereka memang bagus dan unik....
Dan akhirnya mereka menang, mewakili negeri dari daerah Gombak....Daerah tu memang hustler dalam bab2 kompang formasi nih...jadi, kalau mereka menang kami tak question laa...

barisan penyokong team sekolah; ade kak Behah & family, Kak Ina & family,
and of course
chaffeur jemputan selaku penyokong setia; abang aku, cikgu nasuha dan aku laa (tiada dalam gambar, hehe)

terima kasih kerana datang menyokong, lagipun anak mereka turut beraksi untuk sekolah...jadi barisan penyokong kerajaan pasukan sekolah kami ramai jugak laa...
siap berkelah kat situ, dengan makanan dan minuman...

Dalam competition ni actually penganjur nak setiap peserta memasukkan sekali sekurang2 nya seorang peserta bukan Melayu, mungkin dengan alasan Me-Muhibbah-kan seni kompang ini. Maknanya bukan melayu pun boleh jugak ape mempelajari ilmu perkompangan ni...kan?

Setiap daerah menampilkan persembahan yang memang hebat, memang kreatif dari segi pakaian dan formasi...kalau dapat daerah yang memang dah established dalam kompang formasi ni especially dari daerah Gombak, macam2 aksi yang dapat disaksikan...semuanya menarik dan rancak, sebab penonton pun rase terhibur..

Kalau nak dibandingkan dengan kami ibarat kata KSW (idola peribahasa aku tu...)
sambil tangan dihayun ke atas dan ke bawah ala2 KSW,
Kalau diibaratkan daerah Petaling Perdana dengan daerah Gombak
Ibarat ikan di laut asam di kuah asam pedas...
atau
Ibarat langit sama bumi, dua2 pun sudah jauh, tak pernah akan bertemunya...
huhu


Tapi takpe laa...sekurang2nya kami ade pendedahan, ade perkara yang kami dapat belajar...dan mase tu dan-dan GB kami turun padang...Dan dah siap assign sape cikgu yang MUNGKIN akan incharge untuk train atau conduct budak2 kompang formasi sekolah aku naik ke satu lagi tahap...

Kalau sebelum ni tahap "penyertaan" sahaja, lain kali mungkin tahap "telah berjaya mendapat tempat ke....." pulak kan? Sape yang tahu?

Kalau sebelum ni cuma Ustaz T je yang incharge dan dibantu oleh jurulatih kompang dari luar; Cik Ina, kali ni mungkin ade cikgu penyibuk pembantu lain. Siapa agaknya??
Erm... :P

peserta sekolah menengah; pemenang ialah gambar ke-2.
The MUH team...dari daerah Gombak


peserta sekolah rendah; pemenang ialah gambar pertama, pun dari daerah Gombak...
gambar ke-4; team sekolah...

kalau dibandingkan persembahan ni, SRendah dengan SMenengah, saingan lebih sengit di peringkat SR. Dah la comel, persembahan comel, baju pun comel, cikgu pengiring pun ade gak yang comel serba serbi la superb dan comel...

jadi, siapa yang dapat tempat ke-2 pun dikire bagus jugak...tak kisah la menang atau kalah sebab dah itu memang adat bertanding. Yang penting dengan adanya pertandingan macam ni sekurang2nya orang akan membuka mata tentang indahnya seni berkompang ni.

Seni ini sebenarnya dah lama, dan dah berevolusi pun. Kalau dulu korg tengok orang berkompang ni setakat di majlis2 kenduri kahwin, dengan berbaju melayu sahaja. Sekarang tak lagi, tengok je la pertandingan ni.
kalau rasa imej teralu cinoni, klik image untuk paparan lebih gedabak

Ade yang men-zorro-kan muke laaa...
Ade yang meng-alibaba-kan costume mereka....
dan tak kurang yang berpakaian seperti pendekar...
Dengan paluan kompang yang padu dan memukau, gerak tari pun menarik jugak...

Syabas...
Semoga seni ini akan terus disuburkan walaupun kite mancapai Wawasan 2020 nanti...
InsyaAllah...

0 ulasan:

Catat Ulasan