::: BERITA & PEMBERITAHUAN :::


KELAS TAMBAHAN PAGI TAHUN 6

BERMULA 1 JULAI 2014 HINGGA 8 SEPTEMBER 2014
SETIAP HARI SELASA, RABU & KHAMIS
JAM 7.10 PG HINGGA 7.40 PG




KELAS TAMBAHAN SABTU TAHUN 6

5 JULAI 2014 (SABTU)
8.00 PG HINGGA 11.15 PG
KEHADIRAN SEMUA MURID TAHUN 6 ADALAH WAJIB




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #1 2014

8 JULAI 2014 HINGGA 10 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS




PEPERIKSAAN PERCUBAAN UPSR #2 (MGB SELANGOR) 2014

22 JULAI 2014 HINGGA 24 JULAI 2014
SELASA HINGGA KHAMIS


Dikemaskini pada 30 JUN 2014 (Isnin)



Jumaat, 10 Januari 2014

Program Maju Diri 2014

Program Maju Diri (PMD) bagi murid tahun 4, 5 dan 6 telah dijalankan pada 7, 8 dan 9 Januari 2014 yang lepas. Alhamdulillah program telah berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit masalah yang tidak dapat dielakkan. PMD bagi murid Tahun 4 telah dijalankan di Dewan Tertutup SK Seksyen 24 manakala PMD bagi murid Tahun 5 dan 6 dijalankan di Dewan Terbuka SK Seksyen 24.
Program Maju Diri tahun ini diisi dengan pelbagai slot seperti pengurusan diri, Bimbingan dan Kaunseling (UBK) dan pendedahan kepada Pendidikan Pencegahan Dadah (PPDa). Selain itu, murid-murid juga diberi taklimat tentang disiplin oleh Cikgu Azwar dan keselamatan oleh Cikgu Zul Emran . Semua kakitangan sekolah terutamanya guru-guru dan murid-murid memberikan kerjasama yang baik dalam menjayakan program ini.
Semoga program ini dapat memberi impak dan kesan yang baik kepada semua murid untuk memulakan sesi persekolahan 2014 dengan penuh keazaman yang kuat demi mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. InsyaAllah

Berikut adalah gambar-gambar semasa program berlangsung:









2 ulasan:

I loike....tahniah UBK, keep up the good job!

terima kasih cikgu, sila beri tunjuk ajar :)

Catat Ulasan